Labels

Wednesday, April 29, 2015

Cara Menambah Susu Ibu Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt...

1o Tips Milk Booster



cara menambah susu ibu secara semulajadi


Tempoh menyusu merupakan tempoh yang sangat berharga dan penting untuk perkembangan si bayi terutama di awal kelahiran, tidak kira sama ada tempoh penyusuan selama 6 bulan atau genap 2 tahun. Pada saya ia satu tempoh yang bukan mudah, ada masa - masanya susu badan merudum terutama dalam situasi -situasi tertentu. Susu ibu juga banyak bergantung kepada pemakanan sihat ibu, emosi ibu, teknik penyusuan dan apply konsep supply vs demand. 

Jom kita lihat tips-tips yang  boleh saya kongsikan untuk membantu serba sedikit ibu-ibu di luar sana :-)

Kurma

kurma

Makanan sunnah yang mengandungi tinggi protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera.

 Peria

peria

Peria sangat kaya dengan fitonutrien seperti serat, mineral, vitamin dan anti-oksida. 

Rasanya sangat pahit. Boleh di jadikan ulam-ulaman


Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi kandungan air, glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino. Sesuai diimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. 

Halba / Fenugreek

halba

Rendam sedikit halba dengan air suam seketika dan airnya diminum atau masukkan ke dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Jantung pisang

jantung pisang


Dijadikan sebagai ulam-ulaman. Jantung pisang juga mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan zat besi.


Ulam Daun Pegaga

daun pegaga

Daun Pegaga sangat kaya dengan vitamin A, vitamin C dan zat besi. Sesuai di makan sebagai ulam-ulaman.

Habbatus Sauda

habbatussauda
Makanan sunnah dan amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.

Longan Kering

longan kering

Longan kering dijadikan air rebusan dan di minum ketika suam bersama kurma kering, kismis atau barli. 

Soya 

susu soya


Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Antara makanan yang berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu merupakan sumber protein yang baik. Walaubagaimanapun susu soya buatan sendiri tidak galakkan pengambilan secara kerap dikhuatiri terdedah kepada kesan negatif dan amat digalakkan pengambilan susu soya yang NON-GMO ( yang mana tidak di ubah secara genetik) dan ia selamat. Sila rujuk di sini energizing-soy-protein

Pengambilan Air Kosong


air kosong

Pengambilan air kosong yang kerap sekurang-kurangnya sebanyak 2-3 liter sehari sangat perlu untuk pengeluaran susu yang baik. Ini penting untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan. 

Selain daripada itu, amalan rohani seperti doa dan zikir, pemakanan seimbang, kekerapan mengepam untuk mengosongkan payudara (disarankan 2-3 jam sekali) juga sangat memainkan peranan dalam penghasilan susu ibu. Yang teramat penting adalah keadaan emosi ibu, ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif dengan yakinkan diri sendiri bahawa susu badan memang mencukupi untuk bayi dan elakkan keadaan yang stress. 


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.











1 comment:


  1. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

    ReplyDelete