Labels

Thursday, April 30, 2015

Cerita Di Maternity & Children Expo 2015


Assalamualaikum wbt...

Selepas jek lunch Tempoyak Ikan Patin, di Seksyen 15, Shah Alam. Terus kami ke SACC Shah Alam untuk menyibukkan diri di Maternity & Children Expo 2015..Rasanya dah lama tak terjah expo maternity ni. Tapi disebabkan nak cari nursing bra yang comel2..so kuatkan hati pergi jugak la membawa askar2..hihihi...dan orang pada waktu tu tak terlalu ramai dan padat... ;-)

Ni gift yang saya dapat pada hari tu....comel kan???


Maternity & Children Expo 2015
Mug cantik ;-)
Ni hasil tangkapan hari tu....alang2 kannn., :-) Niat nak cari nursing bra dan bengkung jek..sekali pampers pun terbeli sekali..murah2...pampers takde dalam gambar).


Maternity & Children Expo 2015
murah-murah..:-)

Pastu balik penat..hihi. Nasib baik OsteMatrix aderr...balik jek lepas mandi & solat sebelum tidor terus telan OsteMatrix ni..Nyenyak tidor tau.. siap esok boleh bangun awal jam 5.30 pagi dah bangun.siap2 untuk solat subuh....bayangkan lah mak buyung boleh cergas jek...hihihi...


kalau kawan2 nak cuba OsteMatrix tu...jangan segan2 contact saya tau.. :-)
harga super special untuk semua.. Sumber kalsium yang awesome!!!

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.


Wednesday, April 29, 2015

Cara Menambah Susu Ibu Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt...

1o Tips Milk Booster



cara menambah susu ibu secara semulajadi


Tempoh menyusu merupakan tempoh yang sangat berharga dan penting untuk perkembangan si bayi terutama di awal kelahiran, tidak kira sama ada tempoh penyusuan selama 6 bulan atau genap 2 tahun. Pada saya ia satu tempoh yang bukan mudah, ada masa - masanya susu badan merudum terutama dalam situasi -situasi tertentu. Susu ibu juga banyak bergantung kepada pemakanan sihat ibu, emosi ibu, teknik penyusuan dan apply konsep supply vs demand. 

Jom kita lihat tips-tips yang  boleh saya kongsikan untuk membantu serba sedikit ibu-ibu di luar sana :-)

Kurma

kurma

Makanan sunnah yang mengandungi tinggi protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera.

 Peria

peria

Peria sangat kaya dengan fitonutrien seperti serat, mineral, vitamin dan anti-oksida. 

Rasanya sangat pahit. Boleh di jadikan ulam-ulaman


Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi kandungan air, glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino. Sesuai diimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. 

Halba / Fenugreek

halba

Rendam sedikit halba dengan air suam seketika dan airnya diminum atau masukkan ke dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Jantung pisang

jantung pisang


Dijadikan sebagai ulam-ulaman. Jantung pisang juga mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan zat besi.


Ulam Daun Pegaga

daun pegaga

Daun Pegaga sangat kaya dengan vitamin A, vitamin C dan zat besi. Sesuai di makan sebagai ulam-ulaman.

Habbatus Sauda

habbatussauda
Makanan sunnah dan amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.

Longan Kering

longan kering

Longan kering dijadikan air rebusan dan di minum ketika suam bersama kurma kering, kismis atau barli. 

Soya 

susu soya


Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Antara makanan yang berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu merupakan sumber protein yang baik. Walaubagaimanapun susu soya buatan sendiri tidak galakkan pengambilan secara kerap dikhuatiri terdedah kepada kesan negatif dan amat digalakkan pengambilan susu soya yang NON-GMO ( yang mana tidak di ubah secara genetik) dan ia selamat. Sila rujuk di sini energizing-soy-protein

Pengambilan Air Kosong


air kosong

Pengambilan air kosong yang kerap sekurang-kurangnya sebanyak 2-3 liter sehari sangat perlu untuk pengeluaran susu yang baik. Ini penting untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan. 

Selain daripada itu, amalan rohani seperti doa dan zikir, pemakanan seimbang, kekerapan mengepam untuk mengosongkan payudara (disarankan 2-3 jam sekali) juga sangat memainkan peranan dalam penghasilan susu ibu. Yang teramat penting adalah keadaan emosi ibu, ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif dengan yakinkan diri sendiri bahawa susu badan memang mencukupi untuk bayi dan elakkan keadaan yang stress. 


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.











Tuesday, April 28, 2015

Pengedar Sah Shaklee Puchong

Assalamualaikum wbt....


Saya Hadyla, Biz Mentor Anda :-)
Jika berminat bersama-sama saya dalam biz ni
Dengan rendah diri, saya amat mengalu-alukan :-))
Untuk sama-sama berjaya & kaya 
Di dunia & di akhirat 
In syaa allah....  



Pengedar Shaklee Puchong



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.


Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.

Monday, April 27, 2015

15 Mitos Susu Ibu Yang Perlu Ibu Tahu


Assalamualaikum wbt....


15 Mitos Susu Ibu Yang Perlu Ibu Tahu


Mitos-mitos yang selalu bermain di fikiran ibu-ibu yang perlu diambil perhatian sama ada ia benar atau tidak.


1) Tiada Susu Selepas Bersalin

Tidak tepat! Pada hari pertama kelahiran pengeluaran susu tidak banyak yang keluar di mana hanya kolostrum iaitu susu awal ibu yang mengandungi antibodi penting untuk bayi melawan serangan jangkitan.

2) Wanita Hamil Mesti Hentikan Penyusuan

Tidak tepat! Penyusuan masih boleh di teruskan sekiranya ibu & anak masih ingin meneruskan penyusuan tersebut.

3) Kebanyakan Wanita Tidak Dapat Menghasilkan Susu Yang Cukup

Tidak tepat! Amat penting ibu menimba ilmu tentang penyusuan daripada pakar laktasi atau group support tentang penyusuan dimana ibu boleh belajar cara-cara seperti posisi kedudukan ketika menyusu dan pelekapan yang betul semasa menyusu.

4) Menyusu Membuat Payudara Kendur Dan Berubah Bentuk.

Tidak tepat! Proses kehamilan serta faktor usia ibu yang merubah bentuk payudara ibu, bukan disebabkan menyusu

5) Payudara Sebelah Kanan Adalah Nasi Dan Payudara Sebelah Kiri Adalah Air

Tidak tepat! Sebenarnya payudara kanan dan kiri sama sahaja iaitu 'foremilk' dan 'hindmilk'. Biasakan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga terasa kosong dan alihkan ke sebelah lagi supaya bayi mendapat foremilk dan hindmilk secara seimbang. Pastikan selepas menyusu, ibu ingat payudara di sebelah kiri atau kanan yang terakhir di berikan kepada bayi supaya penyusuan seterusnya ibu tahu belah mana yang perlu di dahulukan.   

6) Bayi Menyusu Badan Perlu Diberi Air Masak

Tidak tepat! Ia sangat bahaya untuk bayi di bawah 6 bulan di beri air masak. Susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan bayi

7) Ibu Yang Mempunyai Saiz Payudara Kecil Tidak Mampu Menghasilkan Susu Yang Cukup Untuk Bayinya

Tidak tepat! Saiz payudara tidak ada kaitan dengan penghasilan susu. Susu ibu akan cukup sekiranya ibu konsisten memberi susu kepada bayi atau memerah susu dengan tangan atau bantuan pam. Susu akan terhasil apabila ada signal dari payudara, lagi kerap menyusu lagi banyak susu yang tubuh mampu hasilkan dan fikiran hendaklah sentiasa dalam mood yang positif.

8) Ibu Perlu Mencuci Puting Sebelum Menyusu

Tidak tepat! Membasuh puting sebelum menyusu sebenarnya menjadikan proses menyusu menjadi lebih sukar. Proses menyusu adalah aktiviti yang mudah dan tak perlu disulitkan.

9) Pengeluaran Susu Ibu Bergantung Kepada Faktor Genetik

Tidak tepat! Faktor genetik tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Semakin kerap ibu menyusu kepada bayi semakin banyak susu akan terhasil.

10) Bayi Yang Menyusu Susu Ibu Cepat Lapar Dan Sukar Untuk Tidur, Sehingga Perlu Diberikan Susu Formula

Tidak tepat! Susu ibu memang mudah di hadam oleh perut bayi. Biasanya bayi akan menyusu antara 2-3 jam sekali. Manakala susu formula tidak dapat dicerna dengan cepat menjadikan jarak antara menyusu menjadi lebih panjang sehingga bayi tidur lebih lama.

11) Bayi Alergi Kepada Susu Ibu

Tidak tepat! Bayi alergi kepada makanan yang di makan oleh ibu. Ibu menyusu perlu mencari sumber alergi dan elakkan dari mengambil jenis makanan yang boleh menncetus kepada alergi bayi.

12) Air Susu Ibu Yang Berusia Di Atas 40 Tahun Sudah Tidak Elok Lagi

Tidak tepat! Kualiti susu tidak bergantung kepada usia seseorang ibu.

13) Bayi Menangis Sebab Susu Ibu Kurang

Tidak tepat! Bayi menangis sebenarnya banyak sebab yang harus dipertimbangkan, antaranya bayi kurang selesa, kepanasan, sakit perut dan kemungkinan 'diapers' sudah basah. Ibu-ibu perlu tahu dan belajar untuk membezakan antara lapar dan tidak selesa. 

14) Ibu Yang Mengambil Ubat-Ubatan Tidak Boleh Menyusukan Bayi

Tidak tepat! Tidak semua ubat tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Hanya sesetengah sahaja, di mana ia boleh mengganggu sistem tubuh untuk penghasilan susu ibu kepada bayi. Rujukan dari Doktor sangat perlu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

15) Jika Susu Ibu Tidak Keluar Di Hari Pertama Kelahiran Seharusnya Perlu Di Beri Susu Formula

Tidak tepat! Susu ibu yang keluar sedikit pada hari pertama adalah normal. Susu awal ibu yang dikenali kolostrum sangat penting untuk antibodi bayi. Susu ibu yang matang akan keluar pada hari ketiga kelahiran. Bayi secara alami akan tahan selama 3 hari sejak dari lahir dengan susu awal ibu. Jadi teruskan penyusuan kepada bayi seperti biasa.





Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.


Sunday, April 26, 2015

Penyusuan Susu Ibu Ketahui 20 Perkara Mengenainya


Assalamualaikum wbt....


Penyusuan Susu Ibu Ketahui 20 Perkara Mengenainya


20 perkara tentang penyusuan :-

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan untuk meransang penghasilan susu dan pengeluaran.
  2. Sebelum penyusuan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara.
  3. Susu badan mengandungi 87.5% air. Seeloknya banyakkan minum air sekurang2nya 8 gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyusu bayi, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yang menyusu secara eksklusif akan kerap merasa lapar.
  6.  Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan menerima makanan melalui ibu. Ibu harus mengawal pemakanan terutama pengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh.
  7. Ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi.
  8. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik.
  9. Semasa mencuci payudara, elakkan menyapu sabun pada bahagian aerola & puting.
  10. Payudara yang penuh & tidak diperah akan menyebabkan bengkak & rasa tidak selesa.
  11. Bayi yang minum susu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan penyakit.
  12. Vitamin A, B-Complex, Vitamin C & Asid Folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi.
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula.
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat.
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi.
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.
  17. 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus.
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak.
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat & protein yang tepat untuk keperluanbayi mengikut tahap umur mereka.
  20. Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. 
~ Dari Sumber Majalah PA&MA 2008



Sumber vitamin semulajadi yang saya amalkan untuk kecergasan badan dan keperluan nutrisi saya dan juga bayi.. :-)


set menyusu lengkap


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.

Saturday, April 25, 2015

Cerita Abang #2 : Hari Sport Day 2015

Assalamualaikum wbt..

Abang semangat pagi ni,...bangun seawal jam 6.00 pagi...Muka happy jer tak payah nak suruh2, macam dah tau apa nak buat..terus buka baju tidur, capai towel terus mandi....tapi mandi pagi macam biasa la, 10 minit tak sampai xpress sangat...Adoi kekadang kalau terlupa pesan,..ada yang senang hati tak gosok gigi..

Pukul 7.00 pagi terus bertolak dari rumah,..sampai kat sana ngam-ngam 7.45 pagi..Sampai jek terus buat pendaftaran semua...kul 8 pagi acara dah bermula....


' Strawberry Prince of my heart ' :-)  hari ni tema buah-buahan...strawberry theme!
mama nye bukan jenis yang suka ambil gambar..kadang2 ralit duk tengok abang sampai terlupa nak ambil gambar.....Huhu....

sport day abang
Sport Day 2015
Seronok tengok dia happy hari ni...di sini banyak yang dia belajar...
abang yang pemalu,.now alhamdulillah,...banyak dah berubah...You are great! Mama luv u so much!!! Semoga terus membesar jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..
Amin.


#anaksyurgamama






















Friday, April 24, 2015

Cerita Abang #1 : Sebelum Sport Day 2015


Assalamualaikum wbt....

Wajah kesayangan mama..Harta dunia & akhirat...Semoga membesar menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat...Amin....

abang A


Anak kedua,..memang kena banyak sabar, banyak akal pun ada..huhu....al kisahnya pada petang hari Jumaat, balik sekolah terus cakap ,....mama abang nak tidur awal malam ni,.. pukul 8mlm tidur pastu pukul 4 pg dah nak bangun...terkejut mama...biar betullll...awalnya nak bangun...sabar jela..


Petang plak dia tertidur, mungkin letih kot... dari pukul 5.30 petang hingga maghrib...Bila dah terjaga time maghrib mula lah mood tak stabil...mama juga jadi sasarannya..Bangun terus nak mandi, takpe lah..tapi dalam hati mama dah terfikir kenapa tiba-tiba nak mandi ni...sebelum ni punya lah susah suruh mandi...   


Rupa-rupanya,..mamai....dia ingat dah pagi, soooo dia nak pakai baju sport sambil cakap kena sampai sana sebelum pukul 8pg...mak ai semangat giler anakku nih.. mesti tadi masa tidur dah termimpi2...adoi hai anak......pastu nangis2 bila orang cakap skang baru nak malam...tak percaya!!!...lama juga la buat perangai..dekat 30 minit....dah la waktu maghrib..dengan mama kalut nak solat maghrib lagi..hai anak..sabar je la mama...kekadang tak boleh control jugak...haishhh!!!


Nasib baik,  papanya balik awal...so sesi memujuk diserahkan kepada papanya....alhamdulillah papanya berjaya settle kan...:-)


#kisahanakanaksyurgamamamenghiburkanhatimama
#terimakasihAllah












Thursday, April 23, 2015

Kebaikan Susu Ibu Kepada Perkembangan Bayi


Assalamualaikum wbt...

Susu ibu adalah anugerah Allah SWT kepada bayi menerusi ibu. Anugerah yang sangat bernilai dan mahal untuk ibu dan bayi... Jadi amatlah wajar ibu-ibu memenuhi keperluan bayi dengan memberi kebaikan susu ibu sepenuh kepada bayi terutama di awal kelahiran.


kebaikan susu ibu
Kelebihan Susu Ibu Kepada Perkembangan Bayi


Kebaikan susu ibu :

Untuk bayi :-
  • Menguatkan sistem imuniti bayi terutama kolostrum, ia dapat melindungi  bayi dari jangkitan seperti bronkitis, radang paru-paru, cirit-birit dan selsema
  • Susu ibu mengandungi nutrien lengkap dan terbaik yang mana ia amat kritikal untuk perkembangan otak bayi
  • Susu ibu secara semulajadi akan berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu meningkatkan kecerdikan kepada bayi. 
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti kahak, asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu sentiasa berada pada suhu yang tepat untuk keperluan bayi 
  • Melalui susu ibu juga hubungan emosi terjalin secara semulajadi antara ibu dan anak

Penyusuan susu ibu juga membantu ibu mengecutkan rahim lebih cepat, mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara, membantu ibu menjarakkan kelahiran dan mengembalikan bentuk badan dengan lebih cepat dan selamat.

Untuk memenuhi keperluan nutrisi lengkap saya dalam diet harian, terutamanya dalam proses penyusuan susu ibu, saya amalkan pengambilan vitamin semulajadi. Pengambilan vitamin pada saya sangat-sangat membantu sepanjang penyusuan, ia penting untuk kekal cergas dan tidak mudah letih. Selain itu pemakanan sunnah seperti kurma, kismis, buah tin kering dan makanan penggalak susu yang lain tetap saya amalkan seperti sayuran dan buah-buahan..dan tak lupa yang penting sekali konsep supply & demand perlu konsisten juga...:-)


Jom saya kongsikan Set Penyusuan Lengkap yang saya amalkan..


Kebaikan susu ibu
Set Menyusu Lengkap 3M :: Shaklee ::



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.








Wednesday, April 22, 2015

SUPLIMEN CADANGAN : #1 SET JERAWAT


Assalamualaikum wbt....


Jerawat!!!!.... Arghh tak sukanya bila ia tumbuh kat muka kan....Terutama pompuan kalau time period semakin galak la jerawat ni keluar...

Sebab apa eks jerawat ni keluar bagai disuruh2..hehehe...Apa puncanya ? Jom kita tengok kenapa jerawat ni timbul yang lagi parah kat badan pun ada..macam jerawat pasir..dulu2 saya pun ada..rimas sangat! Dulu teruk juga saya dengan masalah jerawat ni sampai ke bahagian belakang badan, jenis yang jerawat halus..Tapi skang alhamdulillah dah hilang..


Image result for kulit jerawat

Jerawat terjadi apabila liang roma pada permukaan kulit kita tersumbat dan setiap hari lapisan kulit mati, sebum dan bakteria akan gugur secara semulajadi. Ini adalah antara penyebab timbulnya jerawat selain daripada faktor hormon, jangkitan bakteria, cara pengambilan makanan, stress, terdedah kepada habuk & pancaran matahari serta penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah.


Jom kenali zon-zon jerawat di wajah kita :-)





Jom ikhtiar hilangkan jerawat dengan Set Jerawat Shaklee yang awesome ni :-)

Sustained Release Vita-C  
* mempertingkatkan sistem imun
* meningkatkan kalogen semulajadi
* membantu menyekat bakteria penyebab jerawat

Vita-E Complex  
* membantu memulihkan tekstur kulit
* mengurangkan kesan parut jerawat


B-Complex  
* meredakan alahan
* anti-stress
* mengurangkan radang jerawat



    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Your Trusted Consultant
    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
    Email : hadyla.rose@yahoo.com
    http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


    DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
    Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

    Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
    Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
    Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.