Labels

Tuesday, March 31, 2015

Batuk & Sakit Tekak


Assalamualaikum ...:-)


Lama sungguh bercuti nie...sampai berhabuk blog ni.hihihi... ditambah plak dengan kesihatan diri yang tak mengizinkan, batuk dan sakit tekak...Punya laa perit kalau waktu mengandung batuk. Sebelum bercuti ke Melaka,.. dah pi jumpa Doktor...ada dia bagi ubat yang katanya selamat untuk ibu mengandung. Tapi saya ni jenis takut nak makan ubat time mengandung ni. Ubat batuk pn dikasi.. lagiiii la saya risau nak makan. 


Balik dari Melaka, terus pergi ke klinik lain plak sebab rasa tekak perit sangat bila nak menelan sakitnya dan kahak pun banyak..Sampai tahap telinga rasa berdengung, sangat2 menjejaskan pendengaran sebenarnya. jauh di sudut hati rasa risau sangat..sebab tak pernah jadi macam ni.. Rasa tak selesa nak bernafas pun ada..Terlalu lama batuk, perut dan dada pun dah rasa sakit. Last-last Indian Dr. ni advice ambil madu dengan habbatusauda, wap kt muka dengan air panas dan jangan lupa makan vitamin..Yang nasihat ni memang melekat kuat kat memori saya..Yang lain-lain tu saya just angguk dan iakan jela..hihihi Tapi ada juga dia bagi ubat, katanya selamat untuk ibu mengandung..sambil2 kata selamat, ada juga dia selitkan nasihat... katanya takde prove yang mengatakan ia selamat atau tidak....rasanya pasal antibiotic kot..sbb antibiotic die tak kasi..lagi laa cuak den. Dalam hati dah bercakap..aku tak nak makan ubat tu..hihihi...


Balik klinik terus mencari madu dan habbatussauda. Misi berjaya, so dapatlah 2 benda tu.. Terusss balik rumah, panaskan air dan telan madu...Wapkan muka...Alhamdulillah memang membantu sangat2....habis keluar kahak-kahak yang dalam dada melalui hidung... hari pertama dan hari ke-2 keluar hingus yang bercampur dengan darah...Tapi masuk hari ke-3 darah dah takde..Saya teruskan seminggu jugak la wapkan muka dan makan madu...Sampai habisla 1 botol kecil madu tu saya sorang makan....Masa awal-awal mengandung dulu memang saya dah amalkan madu, kurma, buah tin, kismis dan buah delima...Kira ni stok mengandung juga la kat rumah selain vitamin Shaklee..ni vitamin wajib ada kat rumah..Saya suka sebab vitamin ni berasaskan dari sumber semulajadi. Memang serasi dengan saya. Alhamdulillah...Sape2 nak cuba vitamin shaklee bolehlah contact saya. Servis terbaik punyer...in syaa allah..berkongsi perkara yang baik pun dapat pahala kannnnn....

Setakat ni dulu la yerr...Jom layan gambar satuuuu....



eh,..skang ramai yang dok bercerita pasai GST...esok dah nak mula 1 April 2015...macam-macam dah bunyi pasai GST ni... ;-)

ALLAH SWT KAN ADA....risau, sedih, happy,....ngadulah kat Allah SWT yang Maha Mendengar...

Semoga Allah SWT kuatkan hati dan iman saya dan kita semua. In syaa allah...






Saturday, March 14, 2015

Cuti Sekolah - Melaka : Part 1

Assalamualaikum...

Hari ni perancangannya ke Melaka, cuti-cuti sempena cuti sekolah. Budak-budak dah excited dan dah tak sabar nak ke sana. Huhu.. Tunggu cerita selanjutnya yer,...
daaa....

... TAKWIM SEKOLAH / Takwim Sekolah 2015 Dan Kalendar Cuti Sekolah 2015

Friday, March 13, 2015

Kain Sekolah Pengawas KAFA 2015

Assalamualaikum....

Semalam balik sekolah Kafa, tiba-tiba Amel bagitau...

Amel  : Mama kakak ada surprise untuk mama
Mama : Mmmm, apa dia.
Amel  : Taraaaa....sambil bawa kain kurung warna merah
Mama : Sapa bagi ?
Amel  : Ustazah, tapi belum jahit lagi... mama jahit laa
Mama : Terus terdiam..jahit? Ok!    
             ( Sebelum ni ada la belajar menjahit, tapi skill dah tumpul
             Belajar menjahit pun masa tu memang zero knowledge, pegang mesin pun tak pandai )

Jadi, hari ni belajar melalui en google jer la..masa belajar dulu tak amik pattern baju kurung. Kalau tak sah-sah kena jahit kain susun tepi ni...Mmmmm xpelah, untuk kamu mama sanggup buat apa saje sayang. Cuba jangan tak cuba. Hihihi...

Jom layan gambar kain tak berjahit dulu...Surpise apa kesudahannye..kita tunggu....hihihi


         

Thursday, March 12, 2015

1st Term School Break ( 14-22 March 2015 )

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat (13.03.2015), hari terakhir persekolahan anak-anak. Enjoy sakan la nanti tak ke sekolah selama seminggu. Dari minggu lepas lagi, hari-hari menanya tinggal berapa hari lagi nak cuti. Huhu budak-budak terutama yang pre-school tu, bukan main excited. Tambahan plak memang dah ada agenda yang dorang rancang cuti sekolah nanti. Ingat mama tak tahu. Mama pura-pura tak tahu jek..hihihi. Melayan karenah dorang memang membahagiakan (kekadang penat jugak, hahaha). 

Cuti sekolah tak bermakna tak payah buka buku dan buat latihan. Start je sekolah, exam menanti. Jadi cuti untuk Amel macam tak enjoy sangat la sebab kena baca buku dan buat latihan untuk persediaan exam nanti. Kebanyakan sekolah dah buat exam sebelum cuti, tapi sekolah Amel ni lain plak, buka sekolah, baru nak exam. Mungkin guru2 nak anak-anak study time cuti tu kot, jangan duk ralit main jek, tak baca buku. :-). Tapi kesian la kat anak-anak, kalau mak ayah dah plan nak bawa anak-anak travel jauh-jauh ckit masa cuti sekolah tu nanti, agak terganggu jugak la plan cuti2 malaysia tu.huhu

Jom survey tempat-tempat best untuk anak-anak cuti sekolah nanti. Ni yang tak perlu travel jauh2 sesuai untuk yang berada di kawasan Lembah Klang :

1. I-City Waterpark 
  • Waterworld - 11.00 pagi hingga 7.00 pm ( Hari minggu 10.00 pagi)
  • Funworld - 2.00 petang hingga 1.00 pagi ( Hari minggu 11.00 pagi)
  • Snowalk - 10.00 pagi hingga 1.00 pagi
  • Theme Park - 6.00 petang hingga 1.00 pagi


Image result for i city water park

2. Aquaria KLCC 

Image result for aquaria klcc

3. KL Bird Park


Image result for taman burung kl

Ni sebahagian saje tempat-tempat yang menarik. Ada banyaaak lagi yang best2. Next entry kita sambung lagi. 

Wednesday, March 11, 2015

Trimester ke-3 @ minggu ke-30 ;-)

Assalamualaikum.....

Tik..Tok..Tik..Tok...setiap detik setiap saat masa tidak pernah menunggu kita...Terasa sangat cepat masa berlalu. Mmmmm kekadang terfikir, memang betul masa itu emas. Tidak boleh diputarkan kembali walau macamana cara sekalipun.  

Hari ni genap 30 minggu membawa si comel di dalam perut. Terasa gerakannya di dalam perut semakin aktif. Indah dan nikmatnya hanya Allah je yang tahu perasaan mama ni sayang. Syukur padamu ya Allah atas rezeki ni.

Pada usia kandungan begini kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya tak digalakkan untuk elak sebarang kejadian yang tak diingini berlaku antaranya seperti pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaaan ini boleh bahaya kalau darah beku ni menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam badan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan janin. Baik beringat sebelum kenakan. Tetapi kalau diri sendiri yakin badan sihat & fit, in syaa allah boleh jerr, tapiiii atas risiko sendiri laa.Hahaha. 

Sakit belakang pada peringkat usia kehamilan begini perkara biasa sebab ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi meregang dannnn perut pun semakin membesar. Tapi sakit belakang yang mama rasa ni takdelah kronik saya, cuma terasa gak la cam tak selesa. Jadi cara-cara yang boleh mama kurangkan rasa sakit belakang ni, mama elakkan/ praktikkan :
  • Elak berdiri terlalu lama 
  • Elak tidur banyak posisi. Seeloknya satu posisi sahaja dan letak bantal bawah lutut/perut
  • Elak angkat barang berat. tapiii selalu jekk angkat danish yang berkilo2 tu turun tangga pagi2 untuk hantar abang & kakak ke sekolah, hari2 plak tu kalau papa kerja malam...Tapi mama tahu mama memang kuat. yeaaaahhh!!! hihihi. sedapkan hati sendiri..sob..sob...
  • Elakkan pakai high heel, idok ler mama ..disebabkan nak nampak cantik merana badan..That's not me!!!. Takpe la nampak kekampungan pun..Memang gadis kampung pun...hehehe
  • Pastu amalkan senaman ringkas sikit-sikit. Tapi dengan solat pun kita boleh bersenam sebenarnya terutama bila sujud. Seeloknya sujud lama sikit dari biasa. Boleh jugak membantu posisi si kecil dalam kandungan supaya tak songsang tapi semuanya dengan izin-Nya. Kita hanya mampu berusaha. ;-) 
  • Selain daripada tu, amalan mengambil vitamin/suplimen sangat membantu. Mama amalkan telan Ostematrix Shaklee sepanjang kehamilan memang sangat2 membantu terutama untuk sakit belakang, kejang kaki (cramp) dan senang nak bangun awal2 pagi. Pregnant kali ni mama tak minum susu khas untuk pregnant mom tu, Entahlah tekak dah tak boleh terima. Pregnant yang pertama & kedua memang minum susu khas tu..Skang tekak dah 'say no'.mmmmm. Nasib baik ada Ostematrix ni, yang bestnya Ostematrix Shaklee ni ia boleh jimat dan tahan 1-2 bulan jugak. Jom review skit pasal Ostematrix dan set hamil yang mama amalkan ni.. 

SET KEHAMILAN SHAKLEE

VITA-LEA IRON FORMULA (Multi-vitamin) 
B-COMPLEX
SUSTAINED RELEASE VITA-C
ENERGIZING SOY PROTEIN VANILLA 
OSTEMATRIX
OMEGAGUARD
     
    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


    Note : Especially untuk kenangan mama bersama anak -anak, bila besar nanti bolehlah godek2 kisah kehamilan mama ni yer...Mama sayang kamu ketat-ketat ;-). Harta mama dunia & akhirat. Jadi anak yang soleh/solehah ye sayang....

    Tuesday, March 10, 2015

    Tubuh terlebih asid??

    Assalamualaikum..

    Jom sambil santai-santai baca tanda-tanda badan terlebih kandungan asid-alkali ni...;-) Kandungan asid-alkali yang seimbang sangat penting untuk kesihatan yang optimum. Antara tanda-tanda tubuh terlalu berasid ialah :

    • kerap berpeluh
    • sukar tidur / sukar bangun pagi
    • sukar menelan
    • retensi air
    • artritis
    • sakit kepala yang disebabkan migrain
    • najis kering & keras
    • sembelit & cirit birit berselang seli
    • nafas berbau
    • kulit kusam /jerawat
    • sakit otot
    • tangan /kaki terasa sejuk
    • kembung & pedih hati
    • degupan jantung terlalu laju 

    Selain itu, tubuh juga mungkin berada dalam keadaan beralkali . Antara tanda-tandanya ialah :


    • alergi
    • mengantuk
    • asma
    • cemas keterlaluan
    • sawan
    • kejang waktu malam
    • batuk malam
    • muntah berpanjangan
    • ketidakcernaan kronik 

    Kesihatan yang baik sangat penting untuk kita agar urusan harian tidak terganggu. Bayangkan kalau kita tidak sihat dan badan selalu lemah, macamana kita nak menjaga orang lain terutama menjaga anak-anak kecil dan yang bersekolah serta ketiadaan pembantu. Urusan anak-anak terletak di bahu ibu /bapa. Jika salah seorang tidak sihat sebenarnya agar sukar untuk menyiapkan keperluan harian mereka terutama jika kedua-dua bekerja. Betul tak??. Belum lagi anak yang jatuh sakit..Risaukan kita sebagai ibubapa jika anak-anak tak sihat... 

    Sihat itu mahal sebenarnya. Jadi untuk mengekalkan kesihatan yang optimim, saya syorkan SET FAMILY WELLNESS 

    Image result for family wellness set shaklee


    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



    Sunday, March 8, 2015

    Assalamualaikum...

    Kesibukan sebenarnya ada baik dan buruknya. Ia banyak mempengaruhi kehidupan kita dan merupakan satu keperluan dan juga hiburan terutama di zaman teknologi moden ni. Cuba renungkan jika orang yang tidak sibuk, mereka mudah merasa sunyi dan kosong. Lagi parah kalau asyik mengelamun jek, kekadang mudah diserang penyakit cepat lupa juga. 


    Ini sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Setiap hari apabila bangun dari tidur, buka saja mata kesibukan sudah tersedia di depan mata seperti ;

    • sibuk masuk bilik mandi untuk gosok gigi, mandi dan sebagainya
    • sibuk menyiapkan makanan di dapur
    • sibuk keluar bekerja mencari duit
    • sibuk dengan pangkat dan kedudukan
    • sibuk dengan organisasi dan mesyuarat
    • sibuk dengan anak2, memandikan, menyiapkan untuk ke sekolah dan lain2 keperluan 
    • sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah selesai 

    Tetapi sibuk yang terpenting ialah kesibukan yang tidak melalaikan daripada mengingati Allah SWT. Masa yang selayaknya kita luangkan untuk kesibukan ialah yang selalu ada hubungan dengan Allah SWT. Hakikatnya adalah selingan menunggu waktu solat atau waktu untuk bertemu dengan Allah SWT.

    Berusaha dan bekerja itu adalah kesibukan . Untuk hadapi kesibukan kita perlu ada :
    • Tenang
    • Tahan
    • Tabah
    • Tekun
    • Teliti
    • Tawakal
    Image result for sholat dan baca alquran


    Untuk kesihatan yang optimum, saya syorkan VIVIX yang dapat memelihara keseluruhan kesihatan dan menguatkan sistem imun tubuh. Menjaga kesihatan dengan niat untuk beribadat kepada Allah adalah satu sikap yang sangat terpuji. Jom sama-sama kita berubah menjadi lebih baik setiap hari dan niat mencari redha Allah SWT.

    Image result for vivix


    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Friday, March 6, 2015

    Jalan kaki pun kena ada cara? biar betul....

    Assalamualaikum....


    Ceritera hari ini sebenarnya pasal senaman untuk berjalan kaki. Bersenam yang cara murah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Boleh dilakukan berseorangan atau bersama kawan-kawan. Tetapi sebelum bersenam pastikan tahu teknik yang betul untuk elak sebarang kecederaan plak nanti. ;-)

    Sebelum bersenam perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah :


    1. Keadaaan cuaca

    Pastikan periksa dulu keadaan cuaca semasa sebelum memulakan senaman ataupun tengok ramalan cuaca kat dalam akhbar ataupun TV. Kalau saya memadai di kawasan taman perumahan sahaja dan peruntukan masa antara 20-30 minit sudah memadai.  


    2. Pastikan juga berjalan bukan dengan tangan kosong. Untuk elak sebarang risiko yang tidak diingini berlaku, bawalah barang seperti :-

    • air minuman - Bawalah air minuman sekurang-kurang 1 liter untuk memberi bekalan air pada tubuh 
    • telefon bimbit /wisel - ini adalah sumber S.O.S sebagai tanda kita memerlukan bantuan apabila ada kecemasan selain daripada menjerit meminta tolong.
    • Snek - bawalah 'energy bar' atau buah-buahan kering untuk dapatkan tenaga segera sebab badan memerlukan tenaga untuk bersenam
    • Beg sampah - sambil bersenam apa salahnye berbudi pada alam sekitar, bahan makanan yang kita bawa pastikan kita simpan di dalam beg sampah dahulu sebelum dibuang.
    • Backpack - beg sandang ni berbeza kerana ia direka khas dengan ciri-ciri seperti lebih ringan walaupun beban yang di bawa lebih banyak daripada biasa dan ia mempunyai bahagian-bahagian tertentu dan tidak sama dengan beg sandang biasa. 

    Senaman berjalan kaki juga boleh membantu dan berkesan menghalang daripada masalah osteoporosis. Selain membantu meningkatkan kelenturan tangan, kaki, betis, paha dan bahu kita. Jom bersenam, salah satu cara senaman yang paling murah dengan masa yang sangat fleksibal.


    Sambil bersenam tu jom nikmati KESEGARAN AIR PERMORMANCE DRINK dari Shaklee ni. Sungguh menyegarkan dan melegakan tekak yang tengah haussss....sangat la sesuai selepas bersenam minum PERFORMANCE DRINK ni... jom kasi angkat satuuuuu..



    Image result for performance drink shaklee



    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


    Thursday, March 5, 2015

    Petua Menaikkan MOOD

    Assalamualaikum ....

    Situasi dan persekitaran sebenarnya banyaaaak sangat mempengaruhi emosi dan mood kita kan. Amatlah penting pengurusan emosi tu dikawal dengan baik. Betul tak? tapi kekadang mood saya pun selalu je ke laut..hihihi. Jom sama-sama kita menjaga emosi kita yer kawan-kawan. Nak pinjam mutiara kata Prof Dr Muhaya la macam best jek, sangat terkesan pada saya sebenarnya iaitu Dunia Dalaman Menentukan Dunia Luaran Kita. Dunia dalaman seperti fikiran dan emosi kita...ia sangat berkait sangat lah dengan mood ni yer..

    Beriadah seperti bersenam juga boleh membantu meningkatkan mood yang baik. Tidak perlu sampai sesuatu yang mahal dan sukar sekadar berjalan kaki pun sudah memadai.

    Jom baca makanan yang ada kaitan dengan mood ni, kekurangan nutrisi juga boleh menyumbang kepada masalah kemurungan. Antara faktor kepada kemurungan adalah disebabkan oleh alergi terhadap makanan serta pengambilan kafein dan gula berlebihan dalam diet seharian. Pastikan penggemar2 kafein berpada-pada yer untuk kesihatan jangka masa panjang....cuba hadkan kekerapan pengambilannye yer...

    Kekurangan nutrisi seperti vitamin C dan vitamin B ( biotin, B12, asid folik, niasin dan tiamina ) sangat memberi kesan kepada perubahan emosi kita. Jadi pastikan diet harian kawan-kawan lengkap dengan vitamin ni yer.

      

    Image result for vitamin B shaklee        Image result for vitamin c shaklee

    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Wednesday, March 4, 2015

    NAMPAK TUA ??

    Assalamualaikum wbt...

    Syukur, Alhamdulillah... Hari  ni nak berkongsi cerita laa sikit pasal usia, semoga memberi manfaat walaupun sedikit dengan perkongsian ilmu ni, in syaa allah untuk bekalan pahala saya di sana nanti. Setiap hari, setiap minit, setiap saat usia kita semakin bertambahkan. Semoga bekalan kita di sana nanti juga seiring dengan pertambahan usia kita ye..in syaa allah. 

    Saya pun masih lagi dalam proses berdakwah untuk diri sendiri. Doakan saya istiqomah yer sayang2 semua. Jom kita berubah ke arah yang lebih baik, lebih sabar, lebih sihat dan lebihkan amalan rohani kita dan kurangkan cikit kontroversi hehehe...macam retis la plak kannn... Ye la saya tahu agak sukar sedikit nak curi masa untuk waktu eksklusif kita dengan Allah SWT kan..terutama membuat ibadah-ibadah sunat. Yela sibuk dengan urusan harian seperti bekerja, uruskan anak-anak, macam-macam la kan..semua aktiviti tu membuatkan badan kita rasa penat dan letih. Tapi saya percaya kawan-kawan semua MAMPU dan BOLEH lakukan. In syaa Allah biar sedikit tapi berterusan yer kawan-kawan..

    Jom baca bagaimana yer proses penuaan ini berlaku ? Ia terjadi apabila kemerosotan kecekapan tisu yang bekerja di dalam sistem badan terganggu. Faktor-faktor banyak dipengaruhi oleh genetik, pola pemakanan, tekanan, jangkitan penyakit dan amalan gaya hidup kita sendiri.

    Amalan pemakanan yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu membekalkan antioksida yang boleh meneutralkan kerosakan radikal bebas.

    Jika badan sudah dihinggapi penyakit kronik penyerapan nutrisi makanan ke sel-sel tubuh akan terganggu juga dan mungkin nutrisi tersebut tidak dapat diproses dengan baik kerana sistem sel-sel badan sudah rosak. Jadi cara alternatif nya adalah dengan amalan supplemen agar nutrisi dalam badan kekal seimbang.  

    Buatlah pilihan dari sekarang yer kawan-kawan, iaitu di usia yang masih kuat dengan mengutamakan sumber makanan yang tinggi ANTIOKSIDA seperti set anti-penuaan yang terdiri daripada :-


    VIVIX   +   NUTRIFERON  +  ENERGIZING SOY PROTEIN

    Image result for anti aging set shaklee



    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.