Labels

Tuesday, May 5, 2015

8 Tanda-Tanda Nak Bersalin Yang Perlu Ibu Tahu

Assalamualaikum wbt...

Kebiasaan ibu-ibu yang menunggu hari akan mencari ilmu untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanda-tanda bersalin teutama ibu yang pertama kali ingin bergelar ibu... Begitulah juga saya dulu, sewaktu menunggu kelahiran puteri sulung.. Sekarang walaupun kehamilan ini adalah kehamilan yang ke-4, keterujaan itu masih SAMA. :-) 


8 Tanda-Tanda Nak Bersalin Yang Perlu Ibu Tahu


Jom semak tips tanda-tanda awal nak bersalin :-

1. Kontraksi

Kontraksi berlaku pada jarak yang pendek dan kerap. Lebih lama dan lebih sakit. Pastinya ia bukan lagi kontraksi braxton hicks.

2. Air Ketuban Pecah

Air ketuban pecah secara semulajadi. Saat ini perlu dipastikan kelengkapan ke hospital sudah tersedia dan jika kontraksi semakin kuat segera ke hospital. Tetapi jika kontraksi belum kuat tak perlu kelam kabut untuk terus ke hospital, masih lagi sempat buat aktiviti yang tertangguh seperti makan atau mandi. Selepas semuanya selesai segera lah ke hospital.

3. Turun Darah

Jika turun darah, perlu segera ke hospital. Ini menandakan proses kelahiran sudah semakin hampir.

4. Baby engaged

Beberapa minggu terakhir akan terasa baby semakin ke bawah dan akan terasa juga kurang selesa di celah kelengkang. Ini menunjukkan kepala baby sudah engaged dengan tulang selvik sedikit demi sedikit. Kekerapan membuang air kecil juga semakin kerap.

5. Laluan mula terbuka (dilates)

Kebiasaannya di hujung kehamilan serviks akan semakin menipis dan terbuka untuk proses kelahiran nanti. Kebiasaan doktor akan membuat pemeriksaan untuk melihat bukaan, dan ada juga hospital yang tidak membuat pemeriksaan bukaan setiap kali check up terutama dihujung kehamilan.

6. Mudah merasa penat dan letih

Di hujung kehamilan, ibu mudah merasa letih kerana keadaan perut yang semakin membesar serta kurang mendapat tidur yang cukup. Seperti saya kekerapan kencing sangat tinggi pada waktu malam. Ia sedikit mengganggu waktu tidur saya :-)

7. Kerap merasa sakit belakang dan otot -otot terasa sakit

Otot dan semua joint akan melonggar, ini menunjukkan saat kelahiran sudah semakin hampir untuk menyambut kelahiran.

8. Kesakitan yang kerap dan cepat

Kebiasaannya kesakitan yang kerap berlaku di antara selang 10 minit sakit datang dan setengah minit sesi sakit.

Jom dapatkan SET BERPANTANG DARI SHAKLEE.

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalahterhad kepada individu yang layak sahaja.

Monday, May 4, 2015

10 Tips Mudah Bersalin


Assalamualaikum wbt...

Perkongsian untuk ibu hamil 10 Tips Mudah Bersalin

Entry kali ni sebenarnya untuk ingatan diri sendiri juga, sekarang dah di hujung minggu ke 37 kehamilan.., menunggu masa untuk berjihad melahirkan seorang insan comel dan suci ke alam dunia.. :-) 
In syaa Allah semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibubapanya dan taat kepada perintah Allah SWT. Amin...



10 tips mudah bersalin

Kebanyakan ibu - ibu hamil akan banyak mencari ilmu dan info-info tentang proses bersalin untuk membantu mengurangkan tempoh kesakitan dan mengelakkan mencuba teknik yang salah dan sebagainya termasuk lah saya,..Walaupun ini untuk kelahiran yang ke empat, tetapi saya masih lagi tidak jemu mencari ilmu-ilmu mengenai proses kelahiran ini.. sebab setiap kelahiran ada pengalaman yang tersendiri kannn... :-)
  

Jom kita tengok apa tips -tips yang boleh membantu ( khas yang dah dekat due date nak bersalin ) :-

1. Persediaan Mental dan Rohani


Sentiasa berfikiran positif dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT melancarkan proses kelahiran nanti. Amalkan membaca al Quran serta solat - solat sunat dan zikir.

Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus

 LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN

" Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim. "


2. Persediaan Fizikal

Jaga kesihatan diri terutama elakkan daripada terkena jangkitan seperti selsema, batuk dan demam. Jika terasa badan terasa tidak sihat segera mencari solusi... Macam saya skang ada tanda2 batuk disebabkan teringin nak minum air kelapa muda...biasanya minum tanpa ais.. tapi semalam lupa nak bagitau kat suami jangan letak ais..so, lepas habis minum jek terasa macam ada kahak...esok pagi nya dah ada batuk2... Ni cara saya nak hilangkan batuk tanpa ubat adalah wapkan muka dengan air panas yang di campur minyak habbatussauda 3-4 titik ke dalam air panas dan wap kan selama 15-20 minit...lepas tu alhamdulillah.. kahak senang dicairkan dan batuk semakin hilang. Kalau batuk yang teruk saya akan amalkan sehingga 1 minggu..In syaa allah, ia sangat membantu saya dengan cara ni..cubalah!

3. Masa di labour room banyakkan membaca Al Fatihah, doa nabi Yunus dan Ya Fattah untuk membantu mengurangkan rasa sakit bersalin.

4. Amalkan membaca Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan dihembuskan ke dalam air dan di minum.

5. Kerap bersama suami di hujung2 kehamilan untuk memudahkan laluan, kebiasaaan seawal minggu ke -37.

6. Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti, turun naik tangga dengan kerap juga sangat membantu.

7. Amalkan teknik bernafas yang betul, semasa contraction tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Apabila contraction semakin kuat tarik nafas dan lepaskan dengan lebih cepat.

8. Semasa proses meneran, kepala di angkat ke arah dada, seeloknya pejam mata dan baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran untuk mengelakkan vagina terkoyak.

9. Amalkan memakan kurma kerana kurma sejenis buah yang memberi tenaga segera. Ia sangat mudah diserap dan diproses. Kurma juga terdiri daripada serat, potassium dan sumber karbohidrat. Digalakkan memakan kurma apabila mula terasa sakit bersalin dan selepas kelahiran.

10. Amalan surah2 yang boleh membantu ibu -ibu hamil dan pembentukan sahsiah peribadi bayi di dalam kandungan dengan khasiat Al-Quran.


8 surah ibu mengandung

Semoga memberi manfaat kepada semua. Doakan saya semoga dipermudahkan proses bersalin nanti ;-)



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalahterhad kepada individu yang layak sahaja.

Sunday, May 3, 2015

Hari Wesak 3.5.2015


Assalamualaikum wbt...

Hari Wesak, 3.5.2015 jatuh pada hari Ahad....So, automatik cuti tu akan digantikan ke hari Isnin...Banyak la cuti selama 4 hari termasuk dengan cuti hari buruh.. Sakan la bercuti kannn...Nak bercuti jauh2 pun berbaloi-baloi ni sebab lama kan...:-)


Image result for wesak day 2015


Cuti 4 hari ni, kami tak kemana. My blind date with love one is just around the corner,..hehe. Hari Sabtu tu, full day memang kat luar jek..dari pagi sampai ke malam..so hari ni,..lepak kat rumah jek la. Sambung kemas rumah & aktiviti cuci mencuci tempat2 yang berhabuk..mood rajin :-)..Almaklum lah excited nak menerima orang baru... In syaa Allah..Semoga semuanya selamat dengan izin Allah swt.. Amin..




Saturday, May 2, 2015

Set Kecantikan Shaklee #1 : NUTRIWHITE


Assalamualaikum wbt..

Teruja sangat dengan set penjagaan wajah Shaklee ni tau,... :-). Mesti ramai yang diluar sana tidak tahu..., selain daripada vitamin, Shaklee juga mempunyai produk set penjagaan wajah yang awesome. Sebab apa tau, jom saya kongsikan :-)


NutriWhite Skin Care
NutriWhite Skin Care Set


Set rangkaian NutriWhite ni dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat. NutriWhite dengan teliti memilih campuran nutrien daripada 16 buah negara yang berlainan. 

Eksklusif untuk Shaklee, kombinasi nutrien unik dengan paten tertunda ini digelar WhiteN-16. Selain itu, formula botani ini diperkayakan dengan vitamin C aktif serta derivatif akar manis, yang di proses lebih daripada satu langkah baki menekankan kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan kulit juga lebih segar dan bersinar.


NutriWhite Natural Nutrients
 * Sila click untuk lebih jelas *


Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara :-



Sistem NutriWhite Bertindak Dengan 5 Cara
Sistem NutriWhite Bertindak Dengan 5 Cara

Sesiapa yang berminat nak mencuba sendiri NutriWhite ni, jangan segan-segan contact yer... :-) Harga mampu milik dengan kualiti yang terbaik. Penggunaan juga sangat menjimatkan antara 5-6 bulan. Berbaloi-baloi kan!!. Jom jangan lengah2 kan :-)




Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalahterhad kepada individu yang layak sahaja.







Friday, May 1, 2015

Senarai Checklist Keperluan Ibu Dan Baby


Assalamualaikum wbt...

Tempoh kehamilan semakin hari semakin singkat..Perasaan skang bercampur baur. Nanti akan rindu plak momen-momen semasa hamil..huhu..walaupun 1001 kepayahan terselit kemanisan yang Allah hadiahkan untuk ibu-ibu hamil, terasa nikmatnya mengandung ni kann.Pahala pun banyak Allah SWT janjikan... Mmmmm....beberapa minggu jek lagi ni, insan yang ditunggu -tunggu akan bertemu 4 mata dengan ibunya..seronok! :-)

Jom semak senarai cheklist mommy & baby kat bawah ni :-)




senarai chekclist keperluan ibu dan baby

Beg dan semua keperluan ni mesti diletakkan di dalam kereta. Senang nanti bila signal dah ada atau terasa sakit tu..cepat2 ke hospital...

Lagi satu saya tak lupa selitkan sekali dalam beg...vitamin shaklee untuk menyusu, Untuk kekal bertenaga selepas bertarung nyawa di labour room tu nanti. In syaa allah banyak manfaatnya. Jom cuba!!
Jangan segan-segan tau ;-)...sila rujuk di sini suplimen cadangan set menyusu



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalahterhad kepada individu yang layak sahaja.