Labels

Tuesday, April 7, 2015

Saintis Wanita Muslim - FATIMA AL-MAJRITIYA

Assalamualaikum...

Mendapat ilmu melalui bacaan di suratkhabar tempatan, terasa nak simpan kat blog ni supaya senang nak baca dan tak hilang, selalu sangat asyik terlupa kat mana simpan..last2 hilang macam tu jek...so skang ni boleh lah tempek kat sini..Boleh diulang baca. huhu (kalau mode rajin..hihihi). Teruja untuk mengenali wanita-wanita Islam yang hebat di seluruh dunia yang boleh dijadikan inspirasi kepada saya khususnya. Nama Fatima al-Majritiya sangat asing pada saya sebenarnya. Jom kenali serba sedikit latar belakang beliau.

Cemerlang sebagai ahli astronomi wanita terhebat ketika kegemilangan Tamadun Islam Andalusia. Maklumat mengenai dirinya agar sukar diperolehi atas faktor tertentu dan sosio sejarah. Usaha pihak Universiti Rovira i Virgili kini untuk mengumpul maklumat secara terperinci mengenai beliau.

Bapa beliau seorang ahli matematik, kimia dan astronomi tersohor Andalusia. Di bawah bimbingan bapanya Fatima menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam pelbagai cabang sains terutama bidang astronomi. Lebih dikenali sebagai Fatima de Madrid di Barat yang bermaksud "Fatima dari Madrid". Beliau di lahirkan di Madrid.

Kedua-dua mereka banyak menyumbang dalam kajian matematik, kimia dan penambahbaikan jadual astronomi al-Khawarizmi (zij) :
  1. Kalendar, bulan, kedudukan matahari dan planet
  2. Trigonometri sfera
  3. Fungsi astronomi dan ramalan gerhana
  4. Membantu dalam beberapa siri pengiraan penting berkaitan saiz laut Mediterranean yang disesuaikan dengan koordinat geografi Cordoba pada pemerintahan khalifah.
Fatima cekap dalam penyalinan manuskrip dan pernah menjadi pustakawan Al Hakam II iaitu perpustakaan terbesar dunia yang menempatkan lebih 400,000 buah buku ketika itu. Beliau juga mencipta satu sistem katalog yang mengumpulkan maklumat buku secara terperinci dan susunan bersistematik. Beliau diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab menyelia 70 buah perpustakaan di sekitar Cordoba. 

Kebanyakan masa beliau banyak di habiskan di Cordoba. Fatima adalah antara tokoh wanita yang diabadikan dalam kalendar " Tahun Antarabangsa Astronomi Sepanyol -2009 "kerana jasanya dalam perintis bidang perangkaan kalendar. Hasil kerjanya yang paling di kenali ialah Correcciones de Fatima. Beliau meninggal di Cordoba pada usia 58 tahun. 




No comments:

Post a Comment