Labels

Saturday, February 28, 2015

Macamana cara atasi hemoglobin rendah semasa hamil ?

Assalamualaikum wbt...

Selalu tak terdengar ibu-ibu hamil berkongsi cerita tentang HB low ? Mesti pernah kan atau mungkin juga ada pengalaman sendiri sewaktu hamil? Pengalaman saya pula, setakat ni alhamdulillah
belum ada masalah Hb low lagi...Mungkin pengambilan secara konsisten SET HAMIL SHAKLEE ini banyak membantu dengan izin-Nya.

Sebab apa ya HB low ni ? Sebenarnya salah satu punca ialah semasa mengandung terdapat peningkatan dalam isipadu darah si ibu dan di tambah pula kekurangan pengambilan zat besi dan asid folik dalam diet seharian. Kedua-dua sumber nutrien ni penting untuk mengelakkan dari risiko Anemia.

Anemia terbahagi kepada dua :

  • Anemia ringan (Hb 9-11 gm%)
  • Anemia teruk (Hb < 8 gm %) 

Kesan kepada ibu & bayi :-
  • ibu mudah pitam
  • mengalami keguguran terutama di peringkat awal
  • kegagalan jantung
  • pendarahan semasa mengandung
  • berat bayi < 2.5kg
  • Risiko tinggi kelahiran bayi pra matang
  • Bayi meniggal dalam kandungan

Jemput review apa yang ada dalam SET HAMIL Shaklee ni
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex
  • OsteMatrix
  • ESP
  • Sustained Release Vita-C
  • OmegaGuard
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday, February 27, 2015

Prosedur Ujian MGTT

Assalamualaikum wbt...

Jom hari ni nak kongsi pengalaman tentang Ujian MGTT? Ujian MGTT tu apa ye ? MGTT sebenarnya singkatan daripada Meal Glucose Tolerance Test @ ujian minum air gula. Setiap ibu hamil diwajibkan ambil ujian ni tau, sebabnya ujian ni boleh mengenal pasti samada ibu mengidap kencing manis atau tak. Pada ibu yang pertama kali mesti teruja nak buat test ni kan..hehe..

Masuk je minggu ke 25, Dr bagitau nak buat MGTT test...dalam kepala duk terbayang dah kepekatan air gula tu...adoi belum lagi minum...ni la salah satu ujian yang ibu kena hadap sepanjang tempoh mengandung selain beberapa ujian darah dan suntikan lain. Bukan senang tau nak melahirkan seorang zuriat, macam-macam ibu kena tanggung...tapi demi cahayamata tercinta, gagahlah jugak walaupun sebenarnya diri ni tersangatlah penakut, tengok jarum pun dah berdebar2,.. kalau tengok peralatan bersalin lagi la seram...hihihi......Tapi tu la kan, wanita ni tak pernah serik kan...hihihi...

Ni antara prosedur ujian MGTT tu :-

  • Dikendaki berpuasa dari jam 10 malam sehingga keesokkan paginya ke klinik
  • Di klinik, darah sampel 1 akan diambil dan anda selepas itu akan diberi minum air gula
  • TIDAK dibenarkan makan dan minum minuman manis selama 2 jam selepas minum air gula. TETAPI, minum air kosong dibenarkan 
  • Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi dan DIBENARKAN makan selepas pengambilan darah sampel ke-2.
  • Lepas tu tunggu result keluar, biasanya result ambil masa 2-3 hari kalau klinik swasta, kalau klinik kerajaan tak tau la plak...sekian 

Result tu yang berdebar2 tu.....tungguuuuuu..

Thursday, February 26, 2015

Pengedar Shaklee di Puchong

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang! Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni...Sebenarnya kak dyla masih baru dengan dunia blog ni..ibarat seperti bayi yang baru belajar bertatih..hehe

Tujuan kak dyla wujudkan blog ni kerana ingin berkongsi pengalaman dan kebaikan produk2 Shaklee yang kak dyla sendiri ambil secara konsisten semasa tempoh mengandung, berpantang dan juga tempoh menyusu..Banyak sangat manfaat kesihatan yang kak dyla dapat sepanjang tempoh mengamalkan pemakanan suplimen dari Shaklee ni..Jadi apa salahnya kak dyla sebarkan kebaikan-kebaikan kepada anda yang masih mencari-cari supplemen untuk kesihatan diri dan keluarga.

Kak dyla mula kenal Shaklee pada tahun 2012, set pertama yang kak dyla ambil adalah SET HAMIL. Selepas konsisten ambil set ni, timbul plak perasaan suka dan yakin dengan produk Shaklee ni. Terus tanpa fikir panjang mendaftar sebagai ahli dan mengambil SET BERPANTANG DAN MENYUSU pula. Alhamdullillah, kak dyla bersyukur sangat sebab berjaya menyusukan anak dengan jayanya sehingga usia anak 2 tahun. Bangganya rasa bila dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Walaupun banyak sangat dugaannya... Bila dikenangkan balik rasa rindu plak moment tu...:-) 

Jadi jika anda masih tercari-cari produk Shaklee di sekitar Puchong, janganlah segan hubungi kak dyla yer. In syaa Allah di jamin penghantaran terus ke tangan anda..:-)  Dapatkan konsultasi PERCUMA & EXTRA TIP secara exclusive dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Jika anda ingin lebih jimat lagi sehingga 20% (diskaun), anda boleh mendaftar sebagai ahli. Keahlian Shaklee RM 65 sahaja SEUMUR HIDUP & berpeluang menikmati keistimewaan-keistimewaan lain selepas mendaftar. 

Jom !!! jangan ragu-ragu dan jangan lengahkan masa lagi, cepat-cepat :-)

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Wednesday, February 25, 2015

Bagaimana cara nak dapatkan PUK Code Maxis / Hotlink ? Alahai anak....

Assalamualaikum wbt....

Lama rasanya tak mencoret sesuatu kat blog kesayangan ni..

Nie semalam punyer cerita....abg danish balik je dari Pre-School terus dicapainya handphone mamanya kat atas sofa..biasanye die jarang nak main handphone..balik2 je mesti remote TV yang first die cari..tp semalam len plak ceritanya...masa tu mamanya memang byk masa kt dapur, so memang tak perasan apa yang digodek kat dalam handphone tu..lama gak la masanya dengan handphone tu...

Lepas solat Zohor baru perasan nak mencari handphone..sekali bila ON punya laa panikkkk bila tengok dah ter'lock'..Apa kebenda la plak PUK CODE nie..8 digit plak tu nak kene masukkan...mmmmm terdiam sekejap....sabar je la...nak marah pun tak guna benda dah jadi.

Haaaaa nie mama nak sharing step yang kene follow kalau SIM CARD di block :-

1. DAIL Maxis care di talian 03-7492 2123 (caj akan dikenakan)

2. Untuk pengesahan maklumat berikut diperlukan :-
     ~ no.telefon maxis
     ~ nama pemilik sim card
     ~ no. I/C

3. Selepas pengesahan, 8 digit PUK code diberikan

4. Cara masukkan kod
    ~ off/on telefon
    ~ masukkan 8 digit PUK code
    ~ masukkan 4 digit pin code baru
    ~ sahkan pin code baru

5. SIAP!

# Celcom Customer Services 1300 111 000
   DIGI Customer Services 016 2211800





Thursday, February 5, 2015

ZINC COMPLEX

Zinc Complex - 120 Tablets


Jom saya kongsikan pula kebaikan- kebaikan Zinc Complex dari Shaklee ni. Zink hadir di dalam setiap sel tubuh badan dalam pelbagai aktiviti biokimia. Sangat penting untuk perkembangan tubuh badan dan daya tumpuan. Kajian awal di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota menunjukkan kanak-kanak yang diberikan zinc sebanyak 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10 -12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan daya tumpuan yang panjang berbanding yang tidak mengambil supplemen tersebut. 


Antara kebaikan -kebaikan Zinc Complex ini ialah :

  • zink dapat meningkatkan daya ingatan dan daya tumpuan di sekolah.
  • dirumus dengan zinc glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang
  • dengan rumusan sayur-sayuran
  • membantu penyembuhan luka dengan cepat. Amat sesuai untuk ibu selepas bersalin
  • keguguran rambut yang serius / botak -mengaktifkan lebih 200 jenis enzim untuk pertumbuhan baru sel
  • Pengambilan zinc secara teratur dapat mengurangkan 70% - 75% pembengkakkan kanser prostat
  • Mengurangkan rabun malam
  • satu tablet membekalkan 100% nilai harian bagi zink

Antara tanda-tanda kekurangan zinc di dalam tubuh, antara perubahannya ialah :
  • kulit kering dan mudah luka
  • rambut gugur
  • pucat dan mudah letih
  • proses penyembuhan luka lambat
  • cirit birit


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday, February 2, 2015

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa Complex - 330 tablets ( saiz kecil )
Alfalfa Complex - 700 tablets ( saiz besar )



Alfalfa Complex dari Shaklee juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Alfalfa complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun 1950-an. Ia dari sumber Alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat terkumpul termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Antara kebaikan Alfalfa Complex ialah :
  • Ia sumber semulajadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
  • Membantu pelawasan
  • Mengurangkan toksin dalam badan
  • Membantu menyelesaikan masalah pencernaan
  • Membersihkan hati
  • Ia semulajadi. Tiada mempunyai perasa tiruan, pewarna, pemanis dan bahan pengawet
  • Merawat keputihan untuk wanita dan bertindak sebagai kacip fatimah untuk isteri
  • Milkbooster
  • Meningkatkan stamina suami
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Memulihkan urat selepas bersalin dan menganjalkan kembali payudara

Siapa yang perlu mengambil Alfalfa Complex :
  • Ibu menyusu, merangsang hormon prolaktin
  • Pesakit diabetes, dapat membantu detoks darah kotor
  • Individu yang mempunyai masalah penghadaman
  • Suami isteri yang ingin hubungan sentiasa intim
  • Wanita yang ada masalah keputihan
Tidak disyorkan pengambilan pada individu berikut :
( disarankan merujuk konsultasi daripada Doktor bertauliah)
  • G6PD 
  • SLE 
  • Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

GARLIC COMPLEX

Garlic Complex - 60 tablets

Bawang putih merupakan bahan asas dalam setiap masakan seharian orang melayu. Kajian menunjukkan bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian diet harian. 

Kajian makmal menunjukkan Allicin iaitu sebatian yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam :

  • membantu mengekalkan tekanan darah normal 
  • menbantu menstabilkan tahap kolestrol dalam badan
  • memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
  • Kombinasi 2 ekstrak antioksidan spearmint dan rosemary dengan bawang putih
  • Formula Shaklee yang unik membekalkan komponen semulajadi bawang putih segar seperti sebatian pembentuk alisin

Sesuai diambil oleh :

  • Individu yang mempunyai masalah organ pernafasan tersumbat akibat selesema, batuk, sakit kerongkong dan sinus (resdung)
  • Pengidap diabetes, membantu meningkatkan pengeluaran insulin dan gula dalam darah
  • Pengidap odema, dimana air banyak terkumpul di bahagian pergelangan kaki
  • Pengidap darah tinggi, untuk menstabilkan tekanan darah dengan pengambilan Garlic secara konsisten

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday, February 1, 2015

HERB-LAX

Herb-Lax 120 tablets



Usus dah lama tak servis? Nak buang toksin dan segala lemak yang bertahun duk melekat kat dinding usus melalui pembuangan air besar secara pembersihan yang lembut. jom2 cuba....harusss mencuba Herb-Lax dari Shaklee ni. Ia adalah supplemen untuk detok usus. Barulah segala nutrien penting dapat diserap dengan optimum selepas ni...

Kebaikan Herb-Lax ialah :

  • membantu masalah sembelit
  • membantu merangsang perut untuk melawaskan najis yang keras secara pembersihan yang lembut setelah sekian lama berasa di dalam badan
  • membuang toksin, lendir dan lemak-lemak di dinding usus
  • Julat lembut untuk kegunaan sekali-sekala dan daun senna telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julat semulajadi 
Siapa yang perlu mengambil Herb-Lax :
  • Individu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah perkumuhan yang kurang lancar
  • Individu yang ada jerawat yang banyak seperti di wajah dan badan
  • Pesakit gout
  • Mengalami masalah badan dan mulut berbau
  • Tahap glukos darah yang tak seimbang
  • Sering sakit kepala, kembung perut dan lesu


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.