Labels

Monday, April 27, 2015

15 Mitos Susu Ibu Yang Perlu Ibu Tahu


Assalamualaikum wbt....


15 Mitos Susu Ibu Yang Perlu Ibu Tahu


Mitos-mitos yang selalu bermain di fikiran ibu-ibu yang perlu diambil perhatian sama ada ia benar atau tidak.


1) Tiada Susu Selepas Bersalin

Tidak tepat! Pada hari pertama kelahiran pengeluaran susu tidak banyak yang keluar di mana hanya kolostrum iaitu susu awal ibu yang mengandungi antibodi penting untuk bayi melawan serangan jangkitan.

2) Wanita Hamil Mesti Hentikan Penyusuan

Tidak tepat! Penyusuan masih boleh di teruskan sekiranya ibu & anak masih ingin meneruskan penyusuan tersebut.

3) Kebanyakan Wanita Tidak Dapat Menghasilkan Susu Yang Cukup

Tidak tepat! Amat penting ibu menimba ilmu tentang penyusuan daripada pakar laktasi atau group support tentang penyusuan dimana ibu boleh belajar cara-cara seperti posisi kedudukan ketika menyusu dan pelekapan yang betul semasa menyusu.

4) Menyusu Membuat Payudara Kendur Dan Berubah Bentuk.

Tidak tepat! Proses kehamilan serta faktor usia ibu yang merubah bentuk payudara ibu, bukan disebabkan menyusu

5) Payudara Sebelah Kanan Adalah Nasi Dan Payudara Sebelah Kiri Adalah Air

Tidak tepat! Sebenarnya payudara kanan dan kiri sama sahaja iaitu 'foremilk' dan 'hindmilk'. Biasakan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga terasa kosong dan alihkan ke sebelah lagi supaya bayi mendapat foremilk dan hindmilk secara seimbang. Pastikan selepas menyusu, ibu ingat payudara di sebelah kiri atau kanan yang terakhir di berikan kepada bayi supaya penyusuan seterusnya ibu tahu belah mana yang perlu di dahulukan.   

6) Bayi Menyusu Badan Perlu Diberi Air Masak

Tidak tepat! Ia sangat bahaya untuk bayi di bawah 6 bulan di beri air masak. Susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan bayi

7) Ibu Yang Mempunyai Saiz Payudara Kecil Tidak Mampu Menghasilkan Susu Yang Cukup Untuk Bayinya

Tidak tepat! Saiz payudara tidak ada kaitan dengan penghasilan susu. Susu ibu akan cukup sekiranya ibu konsisten memberi susu kepada bayi atau memerah susu dengan tangan atau bantuan pam. Susu akan terhasil apabila ada signal dari payudara, lagi kerap menyusu lagi banyak susu yang tubuh mampu hasilkan dan fikiran hendaklah sentiasa dalam mood yang positif.

8) Ibu Perlu Mencuci Puting Sebelum Menyusu

Tidak tepat! Membasuh puting sebelum menyusu sebenarnya menjadikan proses menyusu menjadi lebih sukar. Proses menyusu adalah aktiviti yang mudah dan tak perlu disulitkan.

9) Pengeluaran Susu Ibu Bergantung Kepada Faktor Genetik

Tidak tepat! Faktor genetik tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Semakin kerap ibu menyusu kepada bayi semakin banyak susu akan terhasil.

10) Bayi Yang Menyusu Susu Ibu Cepat Lapar Dan Sukar Untuk Tidur, Sehingga Perlu Diberikan Susu Formula

Tidak tepat! Susu ibu memang mudah di hadam oleh perut bayi. Biasanya bayi akan menyusu antara 2-3 jam sekali. Manakala susu formula tidak dapat dicerna dengan cepat menjadikan jarak antara menyusu menjadi lebih panjang sehingga bayi tidur lebih lama.

11) Bayi Alergi Kepada Susu Ibu

Tidak tepat! Bayi alergi kepada makanan yang di makan oleh ibu. Ibu menyusu perlu mencari sumber alergi dan elakkan dari mengambil jenis makanan yang boleh menncetus kepada alergi bayi.

12) Air Susu Ibu Yang Berusia Di Atas 40 Tahun Sudah Tidak Elok Lagi

Tidak tepat! Kualiti susu tidak bergantung kepada usia seseorang ibu.

13) Bayi Menangis Sebab Susu Ibu Kurang

Tidak tepat! Bayi menangis sebenarnya banyak sebab yang harus dipertimbangkan, antaranya bayi kurang selesa, kepanasan, sakit perut dan kemungkinan 'diapers' sudah basah. Ibu-ibu perlu tahu dan belajar untuk membezakan antara lapar dan tidak selesa. 

14) Ibu Yang Mengambil Ubat-Ubatan Tidak Boleh Menyusukan Bayi

Tidak tepat! Tidak semua ubat tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Hanya sesetengah sahaja, di mana ia boleh mengganggu sistem tubuh untuk penghasilan susu ibu kepada bayi. Rujukan dari Doktor sangat perlu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

15) Jika Susu Ibu Tidak Keluar Di Hari Pertama Kelahiran Seharusnya Perlu Di Beri Susu Formula

Tidak tepat! Susu ibu yang keluar sedikit pada hari pertama adalah normal. Susu awal ibu yang dikenali kolostrum sangat penting untuk antibodi bayi. Susu ibu yang matang akan keluar pada hari ketiga kelahiran. Bayi secara alami akan tahan selama 3 hari sejak dari lahir dengan susu awal ibu. Jadi teruskan penyusuan kepada bayi seperti biasa.





Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!
Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 4,5,6 angka sebulan. 
Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha & ada impian untuk berjaya.
Secara automatik, anda akan di masukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalah terhad kepada individu yang layak sahaja.


No comments:

Post a Comment