Labels

Thursday, April 16, 2015

Penyusuan Susu Ibu ; Pandangan Islam


Assalamualaikum wbt..

Dalam Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu terhadap bayinya seperti dalam surah-surah berikut :-

( Surah Al-Baqarah : ayat 233 ) 

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu "

( Surah Luqman : ayat 14 )

" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ( dari awal mengandung hingga akhir menyusunya ), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; ( dengan yang demikian ) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan)."

( Surah Al-Ahqaf : ayat 15 )


"   Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Dengan merujuk kepada surah-surah di atas adalah menjadi tanggungjawab ibu dan juga hak bayi untuk menikmati kebaikan susu ibu; jika ia mampu. Di awal kelahiran, kolestrum yang terhasil walaupun dalam kuantiti yang sedikit mampu memenuhi keperluan bayi dan merupakan antibodi yang pertama diperlukan oleh bayi. Berapa besarnya nikmat yang allah SWT berikan kepada ibu-ibu untuk bayi mereka. Selain itu, sokongan padu dari keluarga terutama suami amatlah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Menyusukan anak mempunyai banyak kelebihan dan ia melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani seseorang bayi terutama di awal 6 bulan pertama kerana di waktu tersebut bayi hanya sepenuhnya bergantung kepada susu sahaja. Selepas 6 bulan barulah mula diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti bubur, sayuran dan buah-buahan.

Untuk menjayakan sepenuhnya penyusuan susu ibu, saya kongsikan Set Menyusu Shaklee yang saya amalkan untuk memenuhi keperluan nutrisi saya dan juga bayi. Badan ibu yang sihat dan cukup nutrisi akan menghasilkan susu yang berkualiti dan in syaa allah mampu menyempurnakan penyusuan sehingga anak berusia genap 2 tahun.


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




No comments:

Post a Comment