Labels

Saturday, January 31, 2015

LECITHIN

Lecithin - 180 capsules



Lecithin Shaklee dikenali sebagai pengemulsi semulajadi. Supplemen yang tersangatlah HOT.
Sesape yang nak membakar lemak yang tak diingini tu cepat-cepat lah cuba Lecithin ni...

Antara kebaikan Lecithin Shaklee ini ialah :

  • Membakar lemak
  • Pelarut untuk kolestrol
  • Mengurangkan berat badan
  • Mencegah penyakit berkaitan hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan
  • Membantu kesihatan otak
  • membantu mengurangkan risiko clog susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak
  • memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E,K
  • Membantu penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan
Sains Akademi Nasional telah menetapkan kolina adalah sumber penting dalam pemakanan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Setiap kapsul membekalkan 530mg lesitin termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol. 



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

GLA Complex



GLA Complex - 60 capsules



Hari ni saya nak share pasal GLA complex dari Shaklee plak....Ni pun BEST jugak..Apa yang best tu, jom baca? GLA tu apa? GLA ialah gamma linolenic acid atau asid linolenik gama. Sangat penting tau untuk wanita dan remaja bagi mengatasi ketidakselesaan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang didapati di dalam minyak benih bunga matahari untuk membentuk prostaglandin (hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal).






Antara kebaikan-kebaikan GLA Complex ialah :
  • menggalakkan kesihatan semasa haid dan membantu meningkatkan kesuburan wanita
  • melegakan PMS ( sindrom pra-haid)
  • membantu sindrom pra-menopus /menopus
  • vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel
  • menguatkan kuku dan rambut
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengawal kolestrol
  • minyak borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap
Siapa yang perlu GLA Complex Shaklee ni?
  • Perempuan yang period tidak menentu /tidak tetap
  • Pesakit diabetes dan kencing manis
  • Penghidap arthritis
  • Individu yang ingin menjaga kecantikan kulit seperti hilangkan jeragat, parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif
  • Pengidap ulser
  • Pasangan suami isteri yang merancang menambah zuriat.
    # wanita hamil tidak boleh mengambil GLA Complex kerana bahaya kepada kandungan
    # pengidap sawan tidak digalakkan mengambil GLA Complex kerana mengandungi kandungan Omega-6


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday, January 30, 2015

VITA-E COMPLEX

Vita-E Complex - 120 capsules


Kali ni kita kenali plak Vita-E dari Shaklee ni...best digabungkan bersama dengan ekstrak biji anggur. Seperti yang diketahui ramai, ekstrak biji anggur ni sangat bagus untuk kesihatan kita..Tahu ke? Rasanya kalau nak makan sendiri biji anggur tu rasanya tak la kot..tergigit sikit pn dah terasa pahit kannnn. Haaaa dengan Vita-E Shaklee ni, tak payah susah2 kan diri nak gigit2 biji anggur ni untuk dapatkan khasiat die,..ambil je seperti yang disarankan (jangan suka-suka sendiri telan plak, pilihlah pengedar yang berilmu untuk dapatkan bimbingan) dannnnn in syaa allah khasiat biji anggur dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

Jom saya kongsikan sedikit info pasal ekstrak biji anggur yang di ada bersama Vita-E Shaklee ni seperti :

  • Terdapat khasiat polifenol, di mana kuasa anti oksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Ia amat baik untuk AWET MUDA, kesihatan kulit, menguatkan sistem imun dan membantu mengurangkan kesan urat-urat timbul.
  • Membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E bagi setiap satu kapsul gel lembut Vita-E Shaklee.

Antara kebaikan-kebaikan vitamin E Shaklee ialah :

  • Melambatkan proses penuaan wajah dan kulit serta kesihatan rambut
  • Membantu mengawal kolestrol
  • Mengawal mengatasi kulit kering
  • Menghaluskan kulit, melambatkan proses kedutan pada wajah seperti tepi mata, mengurangkan lingkaran hitam bawah mata
  • Mengecilkan pori-pori kulit menjadikan kulit kelihatan lebih mulus dan sekata
  • Baik untuk kesihatan saraf
  • Membantu keintiman suami isteri
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu mencegah kanser
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan mengendurkan otot kaki daripada kekejangan
  • Membantu mencegah penyakit katarak

Siapa yang perlu ambil Vita-E Shaklee :
  • Individu yang ingin kelihatan awet muda dan kulit sihat dari sumber semulajadi dan mudah diserap
  • Suami dan isteri yang ingin mengeratkan kasih sayang.
  • Individu yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser dan Alzheimer (nyanyuk)

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


VIVIX


VIVIX -BOTANICAL BEVERAGE MIX - 150ml

VIVIX 
Jom berkenalan dengan minuman campuran unik botani super HEBAT & EKSKLUSIF dari Shaklee. Ia merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan. Keistimewaan lain ialah telah dipatenkan khas hanya untuk Shaklee dan SEMULAJADI.



Muscadine Grape -:
  • membantu menghalang penyebab kanser.
  • anti-virus.
  • anti-bakteria.
Purple Carrot -:
  • mengandungi anti-oksidan yang tinggi.
  • membantu mengurangkan risiko masalah jantung.
European Elderberry :-
  • membantu menguatkan sistem imun.
  • melawan dari jangkitan selsema, asthma, batuk, diabetes.
  • mengurangkan stress.
Polygonum Cuspidatum :-
  • dikenali juga sebagai " knotweed Jepun" yang banyak di temui di Amerika Utara dan Eropah.
  • ia merupakan sumber komersil bagi resveratol. Resveratol membantu mengawal kolestrol, tekanan darah, mengawal berat badan, anti-penuaan dan awet muda.


Gabungan daripada campuran unik botani ini membantu memperlahankan proses penuaan seperti :

  1. Membaikpulih sel-sel tubuh
  2. Optimumkan potensi sel-sel tubuh
  3. Mempertingkatkan tenaga dan sistem ketahanan tubuh


Siapa yang perlu mengambil VIVIX :
  • Individu yang ingin menjaga kecantikan kulit, sel-sel tubuh badan agar sentiasa AWET MUDA dan merupakan agen anti -penuaan.
  • Individu / keluarga yang ada sejarah penyakit seperti kanser, sakit jantung, diabetes, darah tinggi dan kolestrol tinggi.


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Tuesday, January 27, 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN

Energizing Soy Protein -Vanilla (850gm)

Satu lagi produk kegemaran saya, produk WAJIB ada sepanjang penyusuan anak ketiga. ESP la nama glemer nye...hehehe...Ia banyak membantu badan saya untuk kekal cergas dan sihat bagi penghasilan susu yang banyak dan mencukupi untuk si kecil. Dalam masa yang sama juga, kebaikan yang saya dapat daripada ESP ni, badan saya tidak mudah letih dan keperluan badan saya juga tidak terganggu. Yelah, kekangan masa memang sedikit sebanyak akan mengganggu cara pemakanan diet harian saya. Dengan set penyusuan Shaklee MEMANG banyak membantu mengisi mana yang lompang dalam nutrisi harian saya.

Merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan berprotein serta berkualiti tinggi yang secara semulajadi rendah lemak dengan kandungan 14gm NON-GMO protein soya sihat dan 500mg kalsium untuk setiap hidangan. Ia juga bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino yang penting termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.


Antara kebaikan ESP ini ialah ;

  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Membantu menyokong sistem imun dan membaiki sel-sel tisu yang rosak.
  • Glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal dan membantu pengurangan berat badan.
  • Membantu membekalkan tenaga berkekalan selama berjam-jam. Membantu menahan rasa lapar selepas di minum.
  • Diproses dengan air (bukan bahan kimia) untuk mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein, dan daidzein. Isoflavones pula meningkatkan fungsi kesihatan jantung, tulang, payudara dan prostat. 
  • Membantu mengimbangi kitaran hormon semasa peringkat pra-menopaus dan menopaus.
  • Non-GMO bermaksud tidak diubah secara genetik, ESP Shaklee memang BEBAS daripada ubahsuai secara genetik. Dijamin halal, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pengawet.  
Siapa yang sangat disarankan pengambilan ESP Shaklee ini ?
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Mengandung
  • Ibu berpantang
  • Individu yang ingin kulit yang sihat dan otot yang pejal
  • Individu yang ingin berat badan yang ideal
  • Individu wanita yang mempunyai tanda-tanda pra-menopaus dan menopaus.
  • Individu yang sentiasa letih/lesu, pucat dan mengalami masalah anemia.  

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Monday, January 26, 2015

OMEGA GUARD

Omega Guard - 90 Capsules


Salah satu salah satu supplemen kesukaan saya? Sudah semestilah OmegaGuard Shaklee ni. Nak tahu sebab apa? Ia berasaskan dari sumber minyak ikan terbaik di dunia dan mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA, ALA dan lain-lain. Amat sesuai untuk kesihatan seisi keluarga. 


Antara manfaat Omega Guard Shaklee ialah :


  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung - paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular.
  • Membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
  • Mengandungi DHA - memelihara dan melindungi fungsi-fungsi dan kesihatan otak dan penglihatan
  • Mengandungi EPA - menyihatkan jantung dan fungsi-fungsi sendi.
  • Lemak Omega-3 membantu membakar lemak, mengurangkan berat badan dan mengawal kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Baik untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ibu mengandung disarankan mengambil OmegaGuard pada trimester kedua kahamilan.
  • Mengawal paras kolestrol - melawan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan bilangan kolestrol baik
  • Membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti ezcema dan psoriasis
  • Lemak Omega-3 amat baik dalam melawan radang dan membantu mengurangkan keadaan pengidap athsma dari menjadi bertambah teruk.

Jom cuba! OmegaGuard memang BERBALOI-BALOI untuk kesihatan. 

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sunday, January 25, 2015

VITA-LEA Iron Formula

Vita -Lea Iron Formula - 120 Tablets

Kali ni kita berkenalan dengan VITA-LEA Iron Formula dari Shaklee pula....

Sesiapa yang nak bertenaga dan kekal cergas sepanjang hari jom cuba Multivitamin dan Multimineral yang hebat ni. Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin, 7 mineral dan diektrak daripada sayuran dan buah seperti disarankan oleh RDA. Jumlah yang seimbang yang sangat diperlukan oleh orang dewasa.

Terbukti berkesan kerana telah disokong oleh tujuh kajian klinikal, menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan potensi produk dalam keadaan tulen dan terbaik bagi kesan yang optimum kepada kesihatan. Aplikasi teknologi salutan mikro dapat membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu penghasilan sel-sel baru. 

Antara kebaikan-kebaikan multivitamin Vita-lea Shaklee ini ialah ;

  • Mencegah dan menangani masalah anemia akibat kekurangn zat besi
  • Membekalkan penambahan tenaga segera dan berpanjangan
  • Membekalkan nutrisi lengkap, pengambilan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, 
  • Menyokong jangka hayat mata, hati dan usus, 
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sistem imunisasi dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Siapa yang perlukan multivitamin Vita-Lea ini? 
  • Individu dewasa, lelaki/wanita yang mementingkan kesihatan untuk jangka masa panjang,
  • Wanita mengandung
  • Ibu menyusu
  • Ibu di dalam pantang
  • Wanita yang menopous
  • Remaja yang sedang aktif membesar
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun dan inginkan diet seimbang    
Rasai sendiri kehebatan multivitamin Vita-Lea ni, memang TERBAIK!

Tak rugi mencuba...

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.







OSTEMATRIX

OsteMatrix - 120 tablets

Jom berkenalan pula dengan si dia, OsteMatrix dari Shaklee ni. Ia dapat melindungi tulang dengan lebih komprehensif, kaplet bersalut yang mudah ditelan dan terbukti secara klinikal. Sajian harian hanyalah empat biji sehari. Untuk hasil yang optimum, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari selepas makan.

OsteMatrix membekalkan :

~ 1,000mg ( 100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
~ 400mg ( 100% pengambilan harian) unsur magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ 400IU ( 100% pengambilan harian) unsur vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Di antara kebaikan OsteMatrix :

  • Menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium untuk membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut, kekejangan, retensi air, mudah murung dan meradang.
  • Pengambilan kalsium sepanjang hayat dengan diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Membantu dalam pembekuan darah
  • Menyelesaikan masalah insomnia
  • Mempercepatkan fungsi saraf, otot dan buah pinggang
  • Pengambilan kalsium bersama magnesium dapat mencegah sembelit.

Tanda-tanda kekurangan kalsium ialah tanda osteoporosis, memang ia mengambil masa yang lama untuk dikesan seperti sakit sendi, sukar berdiri /duduk dengan baik, rendah jisim tulang dan gejala artritis.

Siapa yang di galakkan mengambil OsteMatrix ? Individu yang mementingkan kesihatan seperti wanita, lelaki, ibu menyusu, ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas serta pengidap migrain, 

Tak rugi mencuba OsteMatrix Shaklee ni, memang MANTOP! dan kesihatan terjaga.

Jom-jom cuba Shaklee....

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Saturday, January 24, 2015

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Sustained Release Vita-C Plus - 180 tablets

Mengapa vitamin C Shaklee pilihan saya?

Jom saya kongsikan kebaikan-kebaikan yang ada dalam Sustained Release Vita-C Plus jenama Shaklee ni. 

Apa maksud Sustained Release tu? Maksudnya sistem pembebasan terkawal, dimana setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam di dalam tubuh kita secara terkawal. Kenapa perlu ada sustained release tu? kerana sifat vitamin C tu sendiri mudah musnah, bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama di dalam badan.

Kandungan 1 tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 SETENGAH biji oren. Lebih kurang 1 SETENGAH biji oren untuk SETIAP JAM selama 5 JAM. Laratkah nak makan sebanyak tu setiap hari? Kalau saya macam tak mampu setiap hari plak tu nak dapatkan vitamin C...huhuhu. Kalau mampu tak perlu untuk menelan pil. Tapi ada cara CEPAT dan BERKESAN cubalah vitamin C Shaklee ni, yang pasti tersangat BEST. Sumber NATURAL, tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Mempunyai Bioflavonoids yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin daripada teroksida. Selain itu mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C ialah :

  • Mudah dijangkiti selsema dan demam
  • Mudah mendapat ulcer dan luka lambat sembuh
  • Kulit kering bersisik, tapak kaki dan tumit keras dan kasar
  • Mudah tertekan (stress) dan yang paling merisaukan wajah nampak tua daripada usia sebenar sebab vitamin C membantu pembentukan kolegan.

Antara kebaikan Vitamin C ialah :

  • Dapat meningkatkan tahap imunisasi badan dan berperanan mengeluarkan hormon antistress dan hormon imun.

Siapa yang perlukan Vitamin C ?

  • Ibu mengandung, ibu menyusu, 
  • Pengidap migrain dan resdung,
  • Wanita/lelaki yang mementingkan kecantikan dan kulit yang sihat. 
  • Warga emas untuk kesihatan tulang dan sistem pertahanan badan 
  • Perokok dimana vitamin C dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan buah pinggang rosak teruk akibat logam berat dan toksik di dalam rokok itu sendiri dan dapat dinyahkan dari badan dengan lebih mudah.


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

B-COMPLEX (with Acid Folic)

B-COMPLEX (with Acid Folic) - 120 tablets

~ Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

~ Antara kandungan di dalam Vitamin B-Complex Shaklee terdiri daripada :-
* B1 - Thiamin
* B2 - Riboflavin
* B3 - Niacin
* B5 - Pantothenic Acid
* B6 - Pyridoxine
* B7 - Biotin
* B9 - Folic Acid
* B12- Cyanocobalamin

~ Kekurangan salah satu daripadanya menyebabkan prestasi sistem tubuh merosot antaranya daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA dan membina tenaga metabolisme, sistem pernafasan dan kesihatan mata.

~ Membantu mengurangkan stress akibat daripada tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubatan preskripsi berunsurkan dadah.

~ Siapa yang perlu mengambil B-Complex ni?
* Ibu Mengandung 
* Ibu yang menyusukan anak
* Wanita yang pentingkan kecantikan tubuh badan, siapa yang tak nak nampak cantik dan muda kan?
* Lelaki / Wanita yang selalu terdedah kepada sinaran matahari
* Warga kerja yang mempunyai beban kerja yang banyak. Boleh membantu kurangkan stress.
* Pelajar untuk membantu mengawal tekanan semasa belajar, yang banyak assignment @ homework, yang selalu tidur lambat dan makan yang tak menentu. 
* Orang dewasa / Warga Emas yang mempunyai sakit darah tinggi, kencing manis dan migraine

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum wbt....

Berkongsi antara kebaikan-kebaikan set Kehamilan Shaklee yang selamat dan semulajadi..
Memang TERBAIK!!!! Cubalah!


* ESP (Protein) 
~ Membekalkan tenaga berpanjangan
~ Sumber protein utk ibu & bayi; kulit licin dan gebu
~ Mengurangkan stretch mark ibu hamil

* B-Complex
~ Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang (membekalkan asid folik)
~ Vitamin B6 juga dapat mengurangkan morning sickness
~ Membantu mengurangkan 'stress'
~ Menghalang ibu dari risiko kanser dan strok

* Vita-Lea (Multi-Vitamin)
~ Mengelakkan masalah anemia
~ Mengelakkan kekurangan sel darah merah
~ Mengurangkan kelahiran bayi pra-matang & masalah bayi kurang berat badan

* Vitamin C 
~ Mengurangkan risiko terkena demam dan selsema
~ Meningkatkan sistem imun badan
~ Membantu mengurangkan gusi bengkak waktu hamil

* Ostematrix
~ Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat untuk bayi & ibu
~ Mengelakkan kekejangan kepada ibu
~ Membantu mengurangkan sengal2 badan terutama sakit  belakang waktu hamil

* OmegaGuard 
~ Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan terutama di awal kehamilan 
   (mengandungi DHA & EPA)
~ Membantu mengawal kolestrol
~ Memperkuatkan sistem imunisasi badan

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, January 22, 2015

1st DATE DENGAN SHAKLEE.....

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum wbt..


Hari ni nak berkongsi sedikit pengalaman saya dengan Shaklee ..Nak tahu tak macamana 1st date saya dengan Shaklee nie?? Sebenarnya pada pertengahan tahun 2012, waktu tu saya tgh pregnant dan kebetulan tengah mencari produk / supplement semasa dalam pantang anak ketiga. Set-set bersalin yang pelbagai jenama dekat pasaran saya tak berminat...eksyen..hihihi

Sebenarnya anak kedua ada alahan kulit, tu tersangatlah berhati-hati untuk mengambil sebarang makanan tambahan / set bersalin semasa dalam pantang. Doktor pun ada nasihatkan supaya tidak mengambil sebarang jamu terutama ibu yang nak menyusu..Sebab nekad anak ketiga nak susukan sampai usia 2 tahun..Alhamdulillah misi berjaya...TQ Allah..

Pada waktu pantang anak kedua hanya bergantung sepenuhnya pada bekalan vitamin yang hospital bagi selepas bersalin untuk tempoh sebulan je.Tiada supplemen lain hanya mengamalkan pemakanan seimbang..waktu tu dah terasa seimbang laa sangat makanan tu...huhuhuhu..tapi tak boleh nak maintain....badan penat penyakit M mulalah datang sebab menjadi rutin keluar pagi balik malam...perghh kalah pak2 menteri...huhu.. dan perut selalu di isi dengan masakan luar dan mulalah nutrisi terganggu.. Selepas beberapa bulan habis berpantang badan mula terasa mudah letih, penat, rasa badan lemah dan sengal2 terutama waktu nak bangun pagi. Proses penyusuan anak kedua pun terganggu kerana bekalan tidak mencukupi untuk dibekalkan ke taska.Sedihnya pada waktu tu...

Saya sebenarnya cukup tak suka makan atau telan-telan ubat / vitamin ni.....agak malas huhuhu...tapiii demi anak dalam kandungan terpaksa lah ku telan jua...untuk permata hati di dalam perut tu........sapa tak sayang anak weh!......hahahaha

Kebetulan ada seorang kawan universiti sharing produk shaklee di FB, terlintas di hati untuk meng 'google' kebaikan-kebaikan produk ni sebelum bertanya terus kepada kawan saya tu. Sebab saya agak susah dan bukan senang nak percaya dengan iklan2 produk tertentu..Perangai saya, saya suka mendapatkan info2 terlebih dahulu sebelum memakai atau menggunakan sesuatu produk tu..Takut ada kesan sampingan. So, setelah saya yakin dengan produk Shaklee ni SELAMAT dan dihasilkan dari bahan semulajadi serta yang paling penting HALAL.

Terussss step pertama PM kawan saya nak cuba SET HAMIL untuk 2nd trimester. ALHAMDULLILLAH serasi dengan saya dan baby. Badan rasa tak lemau dan ringan jek walaupun waktu tu bekerja dan belajar (part time student). Baby saya pun alhamdulillah sihat dan lahir berat 3,45kg. Pada saya baby ketiga ni agak besar banding dengan kakak dan abangnya.

Untuk tempoh berpantang, saya memilih Shaklee juga dan mengambil SET PANTANG DAN PENYUSUAN pula. Alhamdullillah perjalanan penyusuan saya berjalan dengan lancar sehingga anak berusia 2 tahun. Pada September 2012, officially saya berdaftar sebagai ahli di HQ shaklee melalui rakan saya untuk menikmati harga ahli yang lebih menjimatkan. Waktu tu niat join ahli hanya untuk makan sendiri sahaja. Tahun 2015 saya bakal menerima orang baru lagi...In Syaa Allah....dan sudah semestinya set Shaklee pilihan saya.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE

  • Harga mampu milik ( bonus ibu sihat anak pun sihat )
  • Natural ( bahan semulajadi dengan teknologi terkini )
  • Terbukti berkesan sudah melebihi 50 tahun 
  • Shaklee perintis dalam pemakanan tambahan sejak 1956 lagi
  • Dan yang paling saya suka vitamin ni memang BEST, rugi kalau tak cuba, serius!

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


                          
                          


Friday, January 2, 2015

Kenapa Shaklee pilihan saya


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahhirrahmaanirrahim dan segala puji hanya bagi Allah S.W.T
Perkongsian Tips #2

BUATLAH PILIHAN UNTUK MENCARI SUPPLEMEN YANG TERBAIK.

Pilihan saya sudah semestinya produk SHAKLEE, KENAPA?

1. SENTIASA SELAMAT
~ Keselamatan adalah penting di Shaklee dan standard tiada bandingannya. Lebih daripada 80,000 ujian klinikal dijalankan setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan berkesan.

2. SENTIASA BERKESAN
~ Terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen serta bukti kajian sains dan makmal di 90 bahan kajian penerbitan.
~ Lebih US$300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.aang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplemen lain ataupun yang tidak mengambil supplemen langsung.

3. SENTIASA MESRA ALAM
~ Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, keluarga, rumah dan dan juga bumi kita.
~Lebih 50 tahun peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan mesra alam.

4. STATUS HALAL
~ Produk shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf JAKIM.
>> Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.
>> Nutrisi Shaklee telah mencipta kehidupan dan lebih sihat untuk jutaan insan selama lebih 50 tahun.
>> Jom alami rasa sihat dan jadikan ia sebagai gaya hidup dengan nutrisi Shaklee.

Salam sayang.

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Selamat Tahun Baru 2015!


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahhirrahmaanirrahim dan segala puji hanya bagi Allah S.W.T


Perkongsian Tips #1


KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?
1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan seharian kita.
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kita.
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan serta merokok.
5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang ramai tidak menghiraukan diet yang seimbang.
6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan disebabkan cara memasak terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.
# SELAMAT TAHUN BARU 2015 / 10 RABIULAWAL 1436