Labels

Wednesday, March 11, 2015

Trimester ke-3 @ minggu ke-30 ;-)

Assalamualaikum.....

Tik..Tok..Tik..Tok...setiap detik setiap saat masa tidak pernah menunggu kita...Terasa sangat cepat masa berlalu. Mmmmm kekadang terfikir, memang betul masa itu emas. Tidak boleh diputarkan kembali walau macamana cara sekalipun.  

Hari ni genap 30 minggu membawa si comel di dalam perut. Terasa gerakannya di dalam perut semakin aktif. Indah dan nikmatnya hanya Allah je yang tahu perasaan mama ni sayang. Syukur padamu ya Allah atas rezeki ni.

Pada usia kandungan begini kebiasaannya perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya tak digalakkan untuk elak sebarang kejadian yang tak diingini berlaku antaranya seperti pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaaan ini boleh bahaya kalau darah beku ni menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam badan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan janin. Baik beringat sebelum kenakan. Tetapi kalau diri sendiri yakin badan sihat & fit, in syaa allah boleh jerr, tapiiii atas risiko sendiri laa.Hahaha. 

Sakit belakang pada peringkat usia kehamilan begini perkara biasa sebab ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi meregang dannnn perut pun semakin membesar. Tapi sakit belakang yang mama rasa ni takdelah kronik saya, cuma terasa gak la cam tak selesa. Jadi cara-cara yang boleh mama kurangkan rasa sakit belakang ni, mama elakkan/ praktikkan :
  • Elak berdiri terlalu lama 
  • Elak tidur banyak posisi. Seeloknya satu posisi sahaja dan letak bantal bawah lutut/perut
  • Elak angkat barang berat. tapiii selalu jekk angkat danish yang berkilo2 tu turun tangga pagi2 untuk hantar abang & kakak ke sekolah, hari2 plak tu kalau papa kerja malam...Tapi mama tahu mama memang kuat. yeaaaahhh!!! hihihi. sedapkan hati sendiri..sob..sob...
  • Elakkan pakai high heel, idok ler mama ..disebabkan nak nampak cantik merana badan..That's not me!!!. Takpe la nampak kekampungan pun..Memang gadis kampung pun...hehehe
  • Pastu amalkan senaman ringkas sikit-sikit. Tapi dengan solat pun kita boleh bersenam sebenarnya terutama bila sujud. Seeloknya sujud lama sikit dari biasa. Boleh jugak membantu posisi si kecil dalam kandungan supaya tak songsang tapi semuanya dengan izin-Nya. Kita hanya mampu berusaha. ;-) 
  • Selain daripada tu, amalan mengambil vitamin/suplimen sangat membantu. Mama amalkan telan Ostematrix Shaklee sepanjang kehamilan memang sangat2 membantu terutama untuk sakit belakang, kejang kaki (cramp) dan senang nak bangun awal2 pagi. Pregnant kali ni mama tak minum susu khas untuk pregnant mom tu, Entahlah tekak dah tak boleh terima. Pregnant yang pertama & kedua memang minum susu khas tu..Skang tekak dah 'say no'.mmmmm. Nasib baik ada Ostematrix ni, yang bestnya Ostematrix Shaklee ni ia boleh jimat dan tahan 1-2 bulan jugak. Jom review skit pasal Ostematrix dan set hamil yang mama amalkan ni.. 

SET KEHAMILAN SHAKLEE

VITA-LEA IRON FORMULA (Multi-vitamin) 
B-COMPLEX
SUSTAINED RELEASE VITA-C
ENERGIZING SOY PROTEIN VANILLA 
OSTEMATRIX
OMEGAGUARD
     
    Sharing is caring with love

    Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

    Hadyla Rose ( ID : 910071)
    Facebook : Hadyla Rose
    SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


    Note : Especially untuk kenangan mama bersama anak -anak, bila besar nanti bolehlah godek2 kisah kehamilan mama ni yer...Mama sayang kamu ketat-ketat ;-). Harta mama dunia & akhirat. Jadi anak yang soleh/solehah ye sayang....

    No comments:

    Post a Comment