Labels

Thursday, March 12, 2015

1st Term School Break ( 14-22 March 2015 )

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat (13.03.2015), hari terakhir persekolahan anak-anak. Enjoy sakan la nanti tak ke sekolah selama seminggu. Dari minggu lepas lagi, hari-hari menanya tinggal berapa hari lagi nak cuti. Huhu budak-budak terutama yang pre-school tu, bukan main excited. Tambahan plak memang dah ada agenda yang dorang rancang cuti sekolah nanti. Ingat mama tak tahu. Mama pura-pura tak tahu jek..hihihi. Melayan karenah dorang memang membahagiakan (kekadang penat jugak, hahaha). 

Cuti sekolah tak bermakna tak payah buka buku dan buat latihan. Start je sekolah, exam menanti. Jadi cuti untuk Amel macam tak enjoy sangat la sebab kena baca buku dan buat latihan untuk persediaan exam nanti. Kebanyakan sekolah dah buat exam sebelum cuti, tapi sekolah Amel ni lain plak, buka sekolah, baru nak exam. Mungkin guru2 nak anak-anak study time cuti tu kot, jangan duk ralit main jek, tak baca buku. :-). Tapi kesian la kat anak-anak, kalau mak ayah dah plan nak bawa anak-anak travel jauh-jauh ckit masa cuti sekolah tu nanti, agak terganggu jugak la plan cuti2 malaysia tu.huhu

Jom survey tempat-tempat best untuk anak-anak cuti sekolah nanti. Ni yang tak perlu travel jauh2 sesuai untuk yang berada di kawasan Lembah Klang :

1. I-City Waterpark 
  • Waterworld - 11.00 pagi hingga 7.00 pm ( Hari minggu 10.00 pagi)
  • Funworld - 2.00 petang hingga 1.00 pagi ( Hari minggu 11.00 pagi)
  • Snowalk - 10.00 pagi hingga 1.00 pagi
  • Theme Park - 6.00 petang hingga 1.00 pagi


Image result for i city water park

2. Aquaria KLCC 

Image result for aquaria klcc

3. KL Bird Park


Image result for taman burung kl

Ni sebahagian saje tempat-tempat yang menarik. Ada banyaaak lagi yang best2. Next entry kita sambung lagi. 

No comments:

Post a Comment