Labels

Monday, March 2, 2015

Pilihan kasut untuk sekecil


Alahai susah kan nak pilih kasut si kecil ni..bukan susah nak mencari tapi susah  nak memilih..Semuanya di mata ibu cantik-cantik dan comel-comel belaka :-). Ketelitian juga penting untuk memilih kasut yang sesuai kan untuk mengelakkan kaki si kecil cedera terutama yang baru boleh bertatih.


Jom tengok bagaimana kasut yang sesuai untuk si kecil :-
  • pastikan ibu jari ibu/bapa menekan dibahagian hadapan dan hujung kasut untuk pastikan ada ruang udara pada kaki si kecil.
  • pastikan ia tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar supaya pergerakan si kecil tidak terganggu.
Biasanya jenis apa yang sesuai untuk si kecil :-
  • kasut yang memberi sokongan yang baik terutama pada pergelangan kaki si kecil
  • bahan material yang ada pengudaraan yang baik untuk si manja bergerak
Berapa kerap ya si ibu membeli kasut :-
  • biasanya selepas 1 bulan membeli, buat pemeriksaan pada kaki sama ada kasut yang dibeli masih sesuai di pakai atau tidak. Kaki si kecil membesar agak cepat, anggaran 3 -6 bulan saiz kaki akan berubah. Jadi ibu-ibu mesti memantau kaki si kecil bagi memastikan si kecil selesa.

Sharing is caring with love

No comments:

Post a Comment