Labels

Thursday, January 22, 2015

1st DATE DENGAN SHAKLEE.....

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum wbt..


Hari ni nak berkongsi sedikit pengalaman saya dengan Shaklee ..Nak tahu tak macamana 1st date saya dengan Shaklee nie?? Sebenarnya pada pertengahan tahun 2012, waktu tu saya tgh pregnant dan kebetulan tengah mencari produk / supplement semasa dalam pantang anak ketiga. Set-set bersalin yang pelbagai jenama dekat pasaran saya tak berminat...eksyen..hihihi

Sebenarnya anak kedua ada alahan kulit, tu tersangatlah berhati-hati untuk mengambil sebarang makanan tambahan / set bersalin semasa dalam pantang. Doktor pun ada nasihatkan supaya tidak mengambil sebarang jamu terutama ibu yang nak menyusu..Sebab nekad anak ketiga nak susukan sampai usia 2 tahun..Alhamdulillah misi berjaya...TQ Allah..

Pada waktu pantang anak kedua hanya bergantung sepenuhnya pada bekalan vitamin yang hospital bagi selepas bersalin untuk tempoh sebulan je.Tiada supplemen lain hanya mengamalkan pemakanan seimbang..waktu tu dah terasa seimbang laa sangat makanan tu...huhuhuhu..tapi tak boleh nak maintain....badan penat penyakit M mulalah datang sebab menjadi rutin keluar pagi balik malam...perghh kalah pak2 menteri...huhu.. dan perut selalu di isi dengan masakan luar dan mulalah nutrisi terganggu.. Selepas beberapa bulan habis berpantang badan mula terasa mudah letih, penat, rasa badan lemah dan sengal2 terutama waktu nak bangun pagi. Proses penyusuan anak kedua pun terganggu kerana bekalan tidak mencukupi untuk dibekalkan ke taska.Sedihnya pada waktu tu...

Saya sebenarnya cukup tak suka makan atau telan-telan ubat / vitamin ni.....agak malas huhuhu...tapiii demi anak dalam kandungan terpaksa lah ku telan jua...untuk permata hati di dalam perut tu........sapa tak sayang anak weh!......hahahaha

Kebetulan ada seorang kawan universiti sharing produk shaklee di FB, terlintas di hati untuk meng 'google' kebaikan-kebaikan produk ni sebelum bertanya terus kepada kawan saya tu. Sebab saya agak susah dan bukan senang nak percaya dengan iklan2 produk tertentu..Perangai saya, saya suka mendapatkan info2 terlebih dahulu sebelum memakai atau menggunakan sesuatu produk tu..Takut ada kesan sampingan. So, setelah saya yakin dengan produk Shaklee ni SELAMAT dan dihasilkan dari bahan semulajadi serta yang paling penting HALAL.

Terussss step pertama PM kawan saya nak cuba SET HAMIL untuk 2nd trimester. ALHAMDULLILLAH serasi dengan saya dan baby. Badan rasa tak lemau dan ringan jek walaupun waktu tu bekerja dan belajar (part time student). Baby saya pun alhamdulillah sihat dan lahir berat 3,45kg. Pada saya baby ketiga ni agak besar banding dengan kakak dan abangnya.

Untuk tempoh berpantang, saya memilih Shaklee juga dan mengambil SET PANTANG DAN PENYUSUAN pula. Alhamdullillah perjalanan penyusuan saya berjalan dengan lancar sehingga anak berusia 2 tahun. Pada September 2012, officially saya berdaftar sebagai ahli di HQ shaklee melalui rakan saya untuk menikmati harga ahli yang lebih menjimatkan. Waktu tu niat join ahli hanya untuk makan sendiri sahaja. Tahun 2015 saya bakal menerima orang baru lagi...In Syaa Allah....dan sudah semestinya set Shaklee pilihan saya.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE

  • Harga mampu milik ( bonus ibu sihat anak pun sihat )
  • Natural ( bahan semulajadi dengan teknologi terkini )
  • Terbukti berkesan sudah melebihi 50 tahun 
  • Shaklee perintis dalam pemakanan tambahan sejak 1956 lagi
  • Dan yang paling saya suka vitamin ni memang BEST, rugi kalau tak cuba, serius!

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


                          
                          


No comments:

Post a Comment