Labels

Monday, May 4, 2015

10 Tips Mudah Bersalin


Assalamualaikum wbt...

Perkongsian untuk ibu hamil 10 Tips Mudah Bersalin

Entry kali ni sebenarnya untuk ingatan diri sendiri juga, sekarang dah di hujung minggu ke 37 kehamilan.., menunggu masa untuk berjihad melahirkan seorang insan comel dan suci ke alam dunia.. :-) 
In syaa Allah semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibubapanya dan taat kepada perintah Allah SWT. Amin...



10 tips mudah bersalin

Kebanyakan ibu - ibu hamil akan banyak mencari ilmu dan info-info tentang proses bersalin untuk membantu mengurangkan tempoh kesakitan dan mengelakkan mencuba teknik yang salah dan sebagainya termasuk lah saya,..Walaupun ini untuk kelahiran yang ke empat, tetapi saya masih lagi tidak jemu mencari ilmu-ilmu mengenai proses kelahiran ini.. sebab setiap kelahiran ada pengalaman yang tersendiri kannn... :-)
  

Jom kita tengok apa tips -tips yang boleh membantu ( khas yang dah dekat due date nak bersalin ) :-

1. Persediaan Mental dan Rohani


Sentiasa berfikiran positif dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT melancarkan proses kelahiran nanti. Amalkan membaca al Quran serta solat - solat sunat dan zikir.

Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus

 LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN

" Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim. "


2. Persediaan Fizikal

Jaga kesihatan diri terutama elakkan daripada terkena jangkitan seperti selsema, batuk dan demam. Jika terasa badan terasa tidak sihat segera mencari solusi... Macam saya skang ada tanda2 batuk disebabkan teringin nak minum air kelapa muda...biasanya minum tanpa ais.. tapi semalam lupa nak bagitau kat suami jangan letak ais..so, lepas habis minum jek terasa macam ada kahak...esok pagi nya dah ada batuk2... Ni cara saya nak hilangkan batuk tanpa ubat adalah wapkan muka dengan air panas yang di campur minyak habbatussauda 3-4 titik ke dalam air panas dan wap kan selama 15-20 minit...lepas tu alhamdulillah.. kahak senang dicairkan dan batuk semakin hilang. Kalau batuk yang teruk saya akan amalkan sehingga 1 minggu..In syaa allah, ia sangat membantu saya dengan cara ni..cubalah!

3. Masa di labour room banyakkan membaca Al Fatihah, doa nabi Yunus dan Ya Fattah untuk membantu mengurangkan rasa sakit bersalin.

4. Amalkan membaca Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan dihembuskan ke dalam air dan di minum.

5. Kerap bersama suami di hujung2 kehamilan untuk memudahkan laluan, kebiasaaan seawal minggu ke -37.

6. Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti, turun naik tangga dengan kerap juga sangat membantu.

7. Amalkan teknik bernafas yang betul, semasa contraction tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Apabila contraction semakin kuat tarik nafas dan lepaskan dengan lebih cepat.

8. Semasa proses meneran, kepala di angkat ke arah dada, seeloknya pejam mata dan baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran untuk mengelakkan vagina terkoyak.

9. Amalkan memakan kurma kerana kurma sejenis buah yang memberi tenaga segera. Ia sangat mudah diserap dan diproses. Kurma juga terdiri daripada serat, potassium dan sumber karbohidrat. Digalakkan memakan kurma apabila mula terasa sakit bersalin dan selepas kelahiran.

10. Amalan surah2 yang boleh membantu ibu -ibu hamil dan pembentukan sahsiah peribadi bayi di dalam kandungan dengan khasiat Al-Quran.


8 surah ibu mengandung

Semoga memberi manfaat kepada semua. Doakan saya semoga dipermudahkan proses bersalin nanti ;-)



Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan. Khidmat nasihat selepas pembelian adalah PERCUMA.

Your Trusted Consultant
Hadyla Rose ( ID : 910071)
Facebook : Hadyla Rose
SMS/Whatsapp/Telegram : 012.339.8734
Email : hadyla.rose@yahoo.com
http://vitalifestyle2u.blogspot.com/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI !

Banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee !

Hanya online sahaja, anda mampu mendapat 2,3,4,5,6 angka sebulan. Anda yang tentukan. Dengan syarat anda seorang yang rajin, kuat berusaha, proaktif & ada impian untuk berjaya!
Secara automatik, anda akan dimasukkan ke dalam "group exclusive" kami. Kemasukan adalahterhad kepada individu yang layak sahaja.

No comments:

Post a Comment