Labels

Friday, February 27, 2015

Prosedur Ujian MGTT

Assalamualaikum wbt...

Jom hari ni nak kongsi pengalaman tentang Ujian MGTT? Ujian MGTT tu apa ye ? MGTT sebenarnya singkatan daripada Meal Glucose Tolerance Test @ ujian minum air gula. Setiap ibu hamil diwajibkan ambil ujian ni tau, sebabnya ujian ni boleh mengenal pasti samada ibu mengidap kencing manis atau tak. Pada ibu yang pertama kali mesti teruja nak buat test ni kan..hehe..

Masuk je minggu ke 25, Dr bagitau nak buat MGTT test...dalam kepala duk terbayang dah kepekatan air gula tu...adoi belum lagi minum...ni la salah satu ujian yang ibu kena hadap sepanjang tempoh mengandung selain beberapa ujian darah dan suntikan lain. Bukan senang tau nak melahirkan seorang zuriat, macam-macam ibu kena tanggung...tapi demi cahayamata tercinta, gagahlah jugak walaupun sebenarnya diri ni tersangatlah penakut, tengok jarum pun dah berdebar2,.. kalau tengok peralatan bersalin lagi la seram...hihihi......Tapi tu la kan, wanita ni tak pernah serik kan...hihihi...

Ni antara prosedur ujian MGTT tu :-

  • Dikendaki berpuasa dari jam 10 malam sehingga keesokkan paginya ke klinik
  • Di klinik, darah sampel 1 akan diambil dan anda selepas itu akan diberi minum air gula
  • TIDAK dibenarkan makan dan minum minuman manis selama 2 jam selepas minum air gula. TETAPI, minum air kosong dibenarkan 
  • Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi dan DIBENARKAN makan selepas pengambilan darah sampel ke-2.
  • Lepas tu tunggu result keluar, biasanya result ambil masa 2-3 hari kalau klinik swasta, kalau klinik kerajaan tak tau la plak...sekian 

Result tu yang berdebar2 tu.....tungguuuuuu..

No comments:

Post a Comment